“Rasa Macam Mimpi..” – Layan Mengidam Ibu Hamil, Wanita Ini Syukur Dapat Naik Kereta Ativa Warna Putih

Kehidupan

“Rasa Macam Mimpi..” – Layan Mengidam Ibu Hamil, Wanita Ini Syukur Dapat Naik Kereta Ativa Warna Putih

Seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Naziha Ibrahim,27, memberanikan diri untuk mengirim mesej kepada pengacara TV terkenal, Ahmad Fedtri Yahya bagi meluahkan hasrat di hati.

Maklum Naziha, dia yang kini sarat hamil 10 minggu berasa sungguh mengidam untuk menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Ativa berwarna putih kerana sering berselisih ketika berulang alik dari rumah ke tempat kerja.

Advertisement

Meskipun segan, dia tidak mempunyai pilihan dan berharap tindakannya itu dapat melunaskan hasrat dan impian di hati.

“Assalamualaikum abang Fedtri Yahya. Maaf, saya seorang ibu mengandung 10 weeks. Boleh tak abang tanya followers abang yang ada kereta Ativa Putih. Saya mengidam sangat nak naik kereta Ativa Putih area Kedah.” tulis Naziha di mesej yang dikirim kepada Fedtri itu.

Fedtri kemudian menguar-uarkan hasrat itu di Twitter dan rentetan daripada perkongsian itu, seorang wanita telah tampil membantu ibu muda tersebut untuk menunaikan hajatnya.

Naziha idam naik ativa putihSumber : mStar Online  

Siti Aisyah Sulaiman,35, menyedari mengenai hasrat ibu hamil itu setelah di’tagged’ rakan-rakannya di Facebook.

Saya tak perasan posting Tuan Fedtri tapi ada yang screenshor posting tu, lepas tu kawan-kawan saya tagged saya di Facebook.

Bila dapat tahu, saya offer nak jumpa dia di Kota Sarang Semut, saya tinggal di Jitra, jadi sejam juga nak ke sana.

Dia yang kebetulan ingin menuju ke arah yang sama bagi urusan kerja mengakui terkejut melihat keterujaan Naziha menaiki kereta Ativa putih miliknya itu.

 

Ativa ibu hamil mengidamSumber : mStar Online 

 

Cerita Siti, Naziha begitu bersungguh-sungguh dan berkata perkara itu seolah-olah mimpi kerana dia beberapa kali dikecam setelah permintaannya itu tular di media sosial.

Menurut Naziha, dia bersyukur kerana ada individu yang baik hati sudi membantunya mencapai apa yang diidamkan malah tidak sempat mengambil gambar kenangan kerana berasa sangat teruja.

Dia walau bagaimanapun berasa sedikit terkilan kerana hasratnya itu dikecam daripada segelintir netizen.

“Sedih juga la sebab ada yang cakap nasib tak minta naik UFO ke van jenazah ke.” ujarnya.

pinangkan madu untuk suami
3 years ago

"Poligami Itu Lebih Indah" - Pinangkan Madu Untuk Suami, Isteri Pertama Akui Seronok Ada Kawan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...