“Rasa Macam Kena Langgar” – Badan Lebam Lepas Bersalin, Doktor Dedah Bahaya Uri Melekat

Kehidupan

“Rasa Macam Kena Langgar” – Badan Lebam Lepas Bersalin, Doktor Dedah Bahaya Uri Melekat

Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Eka Sazeli yang memaparkan kesan lebam pada seluruh tangan kirinya selepas melahirkan anak.

Menerusi hantaran tersebut, Eka memaklumkan keadaan itu berpunca daripada uri yang melekat pada dinding rahimnya selepas bersalin.

Advertisement

Menurut Eka, dia masih berada di dalam wad untuk menerima rawatan dan menyifatkan kesakitan yang dirasakan seperti dilanggar.

Sakit sangat. Jangan la ada mommies yang lalui uri melekat ya allah.

@ekasazeli

Tq Htar. Now masih dalam ward. Tunggu masa nak balik. Sakit sgt. Jgn la ada mommies yang lalui uri melekat ya allah. Kasihani la semua ya Allah. ? #urimelekat #pptype4 #palacentaincreta #recoveryprocess #majoroperation #Htarklang #fyp #viraltiktok #masukberanda

? original sound – Jule

Sususlan itu, seorang pengguna Tiktok yang juga merupakan pegawai perubatan, Dr Hazwan Nazri telah mendedahkan bahaya keadaan uri melekat pada dinding rahim atau placental increta.

Dinding rahim wanita mempunyai tiga lapisan iaitu lapisan luar (endometrium), tengah atau otot (myometrium) dan paling luar (perimetrium). Selalunya uri bayi akan melekat pada kawasan endometrium.

Bagaiamanpun, keadaan placental increta ini menandakan uri telah melekat kuat dan berakar pada lapiasan rahim yang lebih dalam iaitu di bahagian otot myometrium dan lapisan luar perimetrium.

Bila uri bayi berakar dan mencengkam lebih dalam, sukar untuk pasukan perubatan mengeluarkan uri dan menyebabkan pendarahan yang teruk selepas bersalin.

@drwanshare

URI MELEKAT KUAT PADA RAHIM SAMPAI LEBAM SATU BADAN…#tiktokguru #dr1share #doktor #shouldbeme

? original sound – DR1 SHARE – DR1 SHARE

Ia juga boleh menyebabkan kematian kerana si ibu kehilangan banyak darah. Jangan ambil mudah kes ini!

Menurut Dr Wan, punca placental increta ini  berlaku bukan disebabkan genetik, sebaliknya lebih berkaitan kepada si ibu yang pernah melakukan pembedahan melibatkan rahim seperti menggugurkan kandungan di klinik melalui prosedur D&G (dilate and curretage) atau uri kandungannya berada di bawah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ibu nak gugurkan anak
2 years ago

"Tak Sayang Rahim Ke" - Wanita Pernah Simpan Niat Gugur Anak, Tak Tahan 'Nurse' Kutuk Hamil Jarak Dekat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...