Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Eka Sazeli yang memaparkan kesan lebam pada seluruh tangan kirinya selepas melahirkan anak.
Menerusi hantaran tersebut, Eka memaklumkan keadaan itu berpunca daripada uri yang melekat pada dinding rahimnya selepas bersalin.
Menurut Eka, dia masih berada di dalam wad untuk menerima rawatan dan menyifatkan kesakitan yang dirasakan seperti dilanggar.
Sakit sangat. Jangan la ada mommies yang lalui uri melekat ya allah.
@ekasazeli Tq Htar. Now masih dalam ward. Tunggu masa nak balik. Sakit sgt. Jgn la ada mommies yang lalui uri melekat ya allah. Kasihani la semua ya Allah. ? #urimelekat #pptype4 #palacentaincreta #recoveryprocess #majoroperation #Htarklang #fyp #viraltiktok #masukberanda
Sususlan itu, seorang pengguna Tiktok yang juga merupakan pegawai perubatan, Dr Hazwan Nazri telah mendedahkan bahaya keadaan uri melekat pada dinding rahim atau placental increta.
Dinding rahim wanita mempunyai tiga lapisan iaitu lapisan luar (endometrium), tengah atau otot (myometrium) dan paling luar (perimetrium). Selalunya uri bayi akan melekat pada kawasan endometrium.
Bagaiamanpun, keadaan placental increta ini menandakan uri telah melekat kuat dan berakar pada lapiasan rahim yang lebih dalam iaitu di bahagian otot myometrium dan lapisan luar perimetrium.
Bila uri bayi berakar dan mencengkam lebih dalam, sukar untuk pasukan perubatan mengeluarkan uri dan menyebabkan pendarahan yang teruk selepas bersalin.
@drwanshare URI MELEKAT KUAT PADA RAHIM SAMPAI LEBAM SATU BADAN…#tiktokguru #dr1share #doktor #shouldbeme
Ia juga boleh menyebabkan kematian kerana si ibu kehilangan banyak darah. Jangan ambil mudah kes ini!
Menurut Dr Wan, punca placental increta ini berlaku bukan disebabkan genetik, sebaliknya lebih berkaitan kepada si ibu yang pernah melakukan pembedahan melibatkan rahim seperti menggugurkan kandungan di klinik melalui prosedur D&G (dilate and curretage) atau uri kandungannya berada di bawah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.