Elfira Loy di laman instagramnya telah meluahkan rasa kekecewaan kerana bertindak cuai selepas anak sulung kesayangannya, Muhammad Rayyan Khalaf mengalami kecederaan selepas terjatuh dari katil bayi.
Luah Elfira, walaupun Rayyan tidak jatuh daripada ketinggian yang tinggi namun akibat terhantuk, kepala anaknya itu mengalami benjolan besar di bahagian dahi.
Dia berkongsi kekecewaan tersebut melalui entri berkenaan supaya orang di luar sana tidak menyalahanggap mengenai kecederaan yang dialami Rayyan berikutan hal berkaitan anak-anak adalah suatu perkara yang sensitif.
“Beberapa hari lalu, ini kali pertama saya breakdown semasa menjaga Rayyan. Saya berasa tidak berguna dan bodoh serta kecewa kerana membiarkan perkara itu terjadi..”
Dia turut bercerita dengan lebih lanjut bagaimana perkara itu terjadi dan berikutan itu, Elfira terus berasa gementar dan menangis. Pelakon drama Tentang Bulan The Series ini dilaporkan terus menghubungi suaminya, Muhammad Faris Khairol Anuar yang kebetulan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.
Walaupun keadaan anaknya itu baik dan tidak mengalami kecederaan serius, namun tidak bagi Elfira. Dia juga sempat menitipkan pesanan kepada ibu bapa di luar sana jika menghadapi situasi yang sama.
“Sekiranya ini terjadi kepada bayi anda, kalau muntah terus bawa bayi ke hospital. Tapi dia baik-baik saja. Mama je panik,”
Elfira juga menggesa supaya para ibu di luar sana yang putus harapan dalam perihal menjaga anak kecil supaya mendapatkan bantuan seperti seseorang untuk bercakap dan dia sentiasa menyokong sesiapa saja yang tampil kerana dirinya juga memerlukan bantuan seperti itu.
Ibu kepada Rayyan Khalif ini menulis kata akhir di entrinya dengan menganggap pengalaman yang dialaminya itu sebagai sebahagian daripada perjalanan dirinya sebagai seorang ibu.
Dapatkan berita terkini dan sensasi dan pelbagai kandungan menarik.
Popular Sekarang
Kehidupan 10 bulan lalu
21 Kali Pintu Gerbang Diketuk Dan Diubai Suai, Masjid Andalusia Menjadi Lokasi Tarikan Di Kelantan
Hiburan 10 bulan lalu
“Bella Sentiasa Senyum & Sembunyikan Masalah..” – Puteri Sarah Nasihat Bella Berikan Prioriti Pada Anak, Jangan Fikir Orang Lain
Hiburan 10 bulan lalu
“Kalau Dah Nama Lelaki, Sampai Mampus Pun Orang Akan Tetap Salahkan..” – Sharnaaz Ahmad Tuju Pada Siapa?
Kehidupan 10 bulan lalu
“Influencer Buat Air Manis Tak Kecam, Agamawan Saran Kurma Letak Butter Ramai Pulak Bitter” – Individu Geram Netizen ‘Pilih Kasih’
Hiburan 10 bulan lalu
“Semoga Ada Jalan Mudah” – Ude Tarik Saman Fitnah Terhadap Intan Saleh, Izreen Azminda Kekal Teruskan Saman
Komen
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.