Rasa Loya Nak Muntah Makan Karipap Isi Kuku Berdaki

Makanan

Rasa Loya Nak Muntah Makan Karipap Isi Kuku Berdaki

Kita biasa dengar kalau orang merungut peniaga jual kuih karipap isi oksigen, tapi korang pernah dengar orang jual kuih karipap isi kuku? Inilah apa yang berlaku kepada seorang pembeli yang meluahkan rasa kecewanya yang dikongsikan di Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official.

Baca: Cara Pelayan Lelaki Kira Harga Makanan Raih Perhatian Ramai

Advertisement

Dia yang dikenali sebagai Mee berkongsi gambar kuih karipap yang sedang dimakannya dan terjumpa kuku manusia di dalam inti kuih itu. Aduhai pengotornya.

“Tengah sedap-sedap makan karipap tetiba jumpa kuku, terus mual nak muntah. Sudah la kuku tu berdaki, apa pendapat anda semua.” – Tulisnya.

Pembeli ini turut memberitahu dia telah membuat aduan kepada peniaga kuih karipap terbabit. Antara jawapan yang diberikan peniaga itu adalah dia hanya membeli kuih karipap itu dari penjual lain dan menjualkannya semula kepada orang ramai.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-2-512x600.png

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat membayangkan tahap pengotor pembuat kuih karipap terbabit. Kami yang melihat gambar kuku tu dekat gambar pun rasanya tak dapat nak makan karipap buat masa 1 minggu ini, huhu.

Bila kita start meniaga, niat kerana Allah

This image has an empty alt attribute; its file name is image-3-369x600.png

Pelaris ke tu? Nauzubillah….

This image has an empty alt attribute; its file name is image-5-362x600.png

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...