Pelakon berkaliber, Josiah Hogan memaklumkan dia kini sedang berusaha mendapatkan status warganegara Malaysia dan akan melepaskan status kerakyatan negara kelahirannya iaitu Amerika Syarikat.
Ujar Josiah, dia tekad melakukan perkara itu kerana mahu ketiga-tiga anaknya membesar dalam suasana Islam di Malaysia selain berasa lebih selamat.
Saya memang menetap di sini dan berkahwin dengan orang tempatan. Saya buat semua ini juga kerana memikirkan masa depan anak-anak.
Selain itu, saya rasa lebih selamat apabila anak-anak dibesarkan di Malaysia kerana mereka berada dalam persekitara Islam.
Tambahnya lagi, dia kini berada dalam fasa akhir permohonan kerakyatan negara ini setelah memohon pada tahun 2019.
Josiah juga mendedahkan bahawa dia perlu membayar RM23,000 kepada negara kelahirannya itu bagi melepaskan kewarganegaraan Amerika Syarikat.
Sekadar info, Josiah telah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Hidayu Mohamed Nordin pada Mei 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.