“Rasa Kebahagiaan Olok-Olok” – Bekas Mak Nyah Dedah Tak Dapat Layanan Sebagai Suami, Isteri Yang Minta Cerai

Trending

“Rasa Kebahagiaan Olok-Olok” – Bekas Mak Nyah Dedah Tak Dapat Layanan Sebagai Suami, Isteri Yang Minta Cerai

Perkahwinan mereka hanya bertahan selama 15 hari, rumah tangga pasangan viral bekas mak nyah dan bekas pengkid sudah tidak dapat diselamatkan.

Bekas pengkid dan maknyah
1 year ago

Hanya Bertahan Dua Minggu, Jodoh Bekas Mak Nyah Nikahi Bekas Pengkid Berakhir- "Mak Call Tak Jawab Lagi"

Advertisement

Menurut Danny, 40, dia telah melakukan yang terbaik dan akui sudah memujuk isterinya, Nurazearah Fateha namun wanita itu tetap mahu berpisah.

Dedah pemilik salon tersebut, isterinya yang berusia 22 tahun itu tidak pulang ke rumah sejak 24 Julai lepas.

Usaha saya dah terlalu maksimum jadi bagi cukuplah dengan perkahwinan ini. Apa yang dia inginkan jadi saya beri apa kemahuan dia. Dia mahu saya lepaskan dia, jadi saya lepaskan.”

pengkid

Tambah Danny lagi, dalam tempoh seminggu pertama selepas mereka menjadi suami isteri dia merasakan kebahagiaan yang ada itu hanyalah dibuat-buat.

Kebahagiaan yang diolok-olok, saya tak dapat sepenuhnya layanan sebagai seorang suami.”

Meskipun begitu, dia akui ada moment indah bersama Nurazearah ketika mereka pergi berbulan madu dan bercuti di Pulau Perhentian.

Dalam pada itu, dia tidak menolak sekiranya ada jodoh untuk mereka berdua kembali bersama namun buat masa sekarang Danny akui sedang tertekan.

Orang lain kahwin bahagia bersama suami isteri. Tapi saya hanya sampai satu minggu sahaja. Dia dah meninggalkan saya, rasa sedih dan sangat kecewa.”

pengkid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...