Pelakon Indonesia, Whulandry Herman atau Whulan, memilih untuk meminta izin daripada Zahirah MacWilson sebelum melakonkan babak mesra bersama suami Zahirah, Aiman Hakim Ridza, dalam drama ‘Bad Cop’.
Menurut Whulan menerusi Kosmo!, tindakan itu dibuat demi menjaga keharmonian dan rasa selesa antara semua pihak terlibat.
Jelas Whulan yang turut menambah ada beberapa adegan intim seperti memegang tangan dan menatap Aiman dengan penuh emosi,
Saya kenal Zahirah, jadi saya mesej dia di Instagram untuk maklumkan saya akan berlakon dengan suaminya. Kalau tak beritahu, nanti rasa janggal.
View this post on Instagram
Dia mengakui rasa segan melakonkan babak tersebut, namun lega apabila Zahirah memberikan reaksi positif dan menyokong lakonannya.
Zahirah minta saya lakonkan sebaik mungkin dan berterima kasih kerana memberitahunya.
Whulan juga menyatakan ini adalah kebiasaannya sejak mula berlakon di Jakarta, sebagai tanda hormat kepada pelakon lelaki yang sudah beristeri.
Bukan sahaja Whulan dan Aiman, drama ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Siti Saleha, Tony Eusoff, Melissa Campbell, Harvinth Skin dan Razid Salimin.