Rasa Jadi Lebih ‘Manusia’ Lepas Bernikah – Yonnyboii

Hiburan

Rasa Jadi Lebih ‘Manusia’ Lepas Bernikah – Yonnyboii

Penyanyi dan juga komposer, Yonnyboii yang baru sahaja dua bulan melayari rumah tangga bersama wanita pilihan Nik Nazira mengakui semakin bahagia melalui hari-harinya sebagai seorang suami.

Kata Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, perkahwinan telah mengajarnya untuk menjadi lebih matang dalam membuat sebarang keputusan terutamanya apabila sudah bergelar ketua keluarga.

Advertisement

Banyak yang saya belajar untuk menjadi suami yang terbaik. Selepas berkahwin, saya kena lebih bertimbang rasa terhadap isteri. Apa sahaja yang saya lakukan, saya tak boleh fikir tentang diri sendiri sahaja.

Jelasnya, dia belajar untuk menjadi yang terbaik dan tidak akan memaksa pasangannya itu melakukan perkara yang mereka tidak ingini.

Saya boleh lihat perkahwinan ini menjadikan saya lebih ‘manusia’. Memang berbeza ketika saya bujang. Saya boleh buat apa sahaja sendirian.

Tambah Yonny, dia kini lebih ringan tulang dan rajin menolong isteri mengemas rumah dan membuat kerja di dapur.

Menyentuh soal zuriat, Yonny dan isteri tidak menetapkan sebarang sasaran untuk memiliki cahaya mata namun mungkin dalam tempoh dua tahun daripada sekarang.

“Orang kata, anak menjadi pengerat hubungan suami isteri. Kalau ada rezeki awal, Alhamdulillah.” kata penyanyi lagu Tak Sangka ini lagi.

Yonnyboii & Isteri
2 years ago

Yonnyboii & Isteri Tidak Kisah Bergelar Ibu Bapa Pada Usia Muda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...