Penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, mengakui keputusannya untuk berhijab dibuat dengan penuh keikhlasan selepas hatinya tersentuh melihat keberanian para sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, berkata kesedaran untuk menutup aurat datang secara semula jadi selepas mengikuti rapat perkembangan misi kemanusiaan tersebut.
Saya mohon semua doakan yang baik-baik untuk saya. Sudah tentu saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. Jadi, tolonglah doakan yang baik-baik.
Sebenarnya tiada istilah cuba-cuba. Kadang-kadang jihad seseorang itu yang buat diri rasa insaf. Rasa kagum dan sangat hebat, terutama sekali melihat semangat rakan-rakan yang terlibat dengan misi GSF ke Gaza.
Pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu berkata, perjuangan para sukarelawan di bumi Palestin benar-benar membuka matanya tentang makna pengorbanan, keberanian dan keteguhan iman.
Dalam masa sama, Elly turut menegur segelintir pihak yang masih mempertikaikan usaha murni sukarelawan yang berjuang membawa mesej keamanan dan bantuan ke Gaza.
Saya mohon sangat, hentikan kata-kata yang bukan-bukan. Usaha mereka itu cukup baik. Mengapa perlu kita patahkan semangat mereka dengan kata-kata yang tidak cerdik? Tak payahlah nak persoalkan itu dan ini.
Daripada kita sibuk mempertikai, lebih baik kita sama-sama doakan mereka yang sedang berjuang dalam misi Global Sumud Flotilla.
Keputusan Elly Mazlein untuk berhijab turut menerima reaksi positif daripada peminat dan rakan selebriti yang memuji perubahan dirinya serta semangatnya menjadikan perjuangan kemanusiaan sebagai sumber inspirasi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.