Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rasa Ditipu Mengenai Rantai Berlian, Aishah Mahu Datuk Seri Vida Minta Maaf

Isu rantai berlian palsu melibatkan penyanyi Aishah dan Datuk Seri Vida masih lagi berterusan nampaknya.

Advertisement

Menerusi akaun Instagram Aishah, beliau sudah menyertakan beberapa bukti mengatakan hadiah barangan kemas itu yang dikatakan bernilai RM80,000 itu adalah palsu. Malah, penyanyi itu turut menyertakan laporan pakar permata ( gemotologist) yang menilai ketulenan hadiah yang diberikan oleh DSV itu.

Jelas Aishah, beliau sama sekali tidak pernah berniat untuk mengaibkan DSV tetapi tolonglah hormati golongan artis dan janganlah memandang rendah kepada mereka.

Aishah juga sekali lagi menegaskan beliau menolak tawaran DSV yang ingin menggantikan rantai itu dengan Lavida Coin yang dikatakan lebih tinggi nilainya.

Advertisement

Terasa dirinya ditipu, tiada apa yang Aishah harapkan kecuali menuntut permohonan maaf daripada DSV dan meminta agar jutawan kosmetik itu behenti menipu.

Tidak perlu untuk menafikan sesuatu perkara yang sudah terbukti mengatakan diri kita bersalah. Ada kalanya lebih baik untuk rendahkan ego dan hanya memohon maaf sahaja agar masalah yang timbul tidak berpanjangan. Apa pendapat anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

66 Comments

  1. Sabri Ali @ Nick

    August 31, 2018 at 7:50 pm

    PAMOGA AND LAVIDA COIN ARE TWO RUBBISH PRODUCTS

  2. Gorges

    August 30, 2018 at 6:22 am

    Sharing news from UTUSAN

    Lavida Coin disenarai dalam Amaran Pengguna Kewangan BNM

    Muhd. Shahizam Tazali
    29 Ogos 2018 10:33 PM

    KUALA LUMPUR 29 Ogos – Bank Negara Malaysia (BNM) menyenaraikan pengendali mata wang kripto, VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies) ke dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan.

    Menurut bank pusat itu, senarai tersebut menghimpunkan syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan yang ditadbir oleh BNM.

    • Anonymous

      August 30, 2018 at 9:23 am

      Ambil tindakan tehadap Vida

    • Elliza Razak

      August 31, 2018 at 12:10 am

      Sila ambil tindakan ke atas DSV sebelum lebih ramai daripada pelbagai kalangan tertipu!

  3. Anonymous

    August 29, 2018 at 9:15 pm

    VIDA NI DAH NYANYOK. ORG NORMAL TAK MCM INI.

Loading...
To Top