Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rasa Bersalah Lakonkan Adegan Bertentangan Dengan Agama Islam, Saharul Ridzwan Pernah Ingin Berhenti Berlakon

Sekarang ini sudah ramai artis yang lebih peka dan mementingkan tentang hukum serta ajaran agama Islam ketika berlakon. Seperti Saharul Ridzwan, beliau mempunyai prinsip untuk tidak menyentuh mana-mana wanita bukan muhrim. Tiada adegan berpelukan dan bersentuhan dengan pelakon wanita.

Advertisement

Namun, sebelum membuat keputusan tersebut, Saharul mendedahkan beliau pernah nekad untuk meninggalkan dunia lakonan kerana merasa bersalah dalam diri ketika terpaksa melakukan perkara ataupun babak yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Saya nekad meninggalkan dunia lakonan kerana tidak kuat mengatakan tidak kepada beberapa perkara yang saya rasakan salah kalau saya buat. Antaranya babak bersentuhan lelaki dan perempuan walaupun berlapik. Saya sudah mempersiapkan diri daripada segi mental dengan memaklumkan kepada isteri supaya bersedia dan terus bersama saya jika saya hilang punca pendapatan.

Tidak mahu membuat keputusan terburu-buru, Saharul merujuk persoalan dan perkara itu yang bermain di fikirannya kepada pakar agama.

Bagaimanapun, selepas merujuk perkara itu kepada pakar agama, mereka mengatakan tidak salah untuk saya meneruskan kerjaya ini. Mereka berpesan, saya boleh terus berlakon asalkan menanam niat, ia adalah suatu cara untuk saya berdakwah melalui mesej yang disampaikan dalam lakonan. Pendapat itu disertai dengan hadis dan dalil lalu melegakan saya.

Menerusi akaun Instagramnya pula, Saharul menerangkan lebih lanjut mengenai kenyataan beliau di atas. Jelasnya, niat tidak menghalalkan cara dan mengubah sesuatu yang haram menjadi halal dan mengelakkan perkara itu demi Allah SWT.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

44 Comments

  1. Aku

    August 9, 2018 at 8:54 pm

    Izzue pun dah stop watak pegang pegang ok je banyak tawaran berlakon. Lagi lagi sekarang dia banyak watak antagonis. Ni semua bakat bro. Kau Saharul memang takde bakat. Stop je la dari jadi acah alim.

    • Muslimah sejatu

      February 17, 2019 at 6:01 pm

      Korang2 ejek dia tk pandai berlakon la n nak acah2 alim.. Lg Tuhan bg dia rezeki n pandai dlm lakonan.. Korang yg hina apa dpt.. Dpt dosa kan..

      Sepatutnya kalau dia ckp mcm tu, korang kena bg semangat n jdkan dia sebagai contoh utk kau pun tak gatal2 kalau berlakon..
      Ini tk? Dia ckp dia tak mahu babak sentuh, kau hina dia jgn acah2 alim n jgn berlakon lg

  2. Anonymous

    August 9, 2018 at 7:37 pm

    Aku smp skrg x minat betol dia ni berlakon…xde bakat langsung aku rasa…kaku…lemah…jek aku tgok…sejak kahwin ni budget2 alim la pulak…pastu paling geli geleman aku tgok bila asyk2 kat ig tujukan kat bini dia nak anak…weiij ko pehal…lain kali nak berjimak xyahla bgtau org ramai…ni semua org baca…poyo dan pandir punye suami…dah x boleh ke ko berdepan ngan bini ko cakap nak main…nak anak…kat ig jugak ko nak ajak bini ko berjimak buat anak…
    G melingkop la ko…

  3. Artis 80an

    August 9, 2018 at 6:52 pm

    Itulh dunia lakonan yg mmg penuh kontroversi..org seni ni yg Aku nmpk depan mata baik artis m’sia,indonesia, ataupun s’pore hampir 90% mereka tu sgt open minded n ringan dlm bab agama..shahrul kalau kau dh tau dunia artis tu cenggitu ngape kau nk jadi artis pelakon..petetic lh kau.. tu je nk komen..berhenti je lh kecoh..ramai lg artis lain yg ok.byk songeh lak. X perlu beritau kat org ramai..beritau je kat pengarah/penerbit.

  4. Anonymous

    August 9, 2018 at 2:23 pm

    “bagi saya tak salah berlakon pegang2 dan peluk2, itu hanya lakonan” – si polan
    weiiii mana boleh, nanti bolehke jwb dgn Allah mcm tuuuu??!!!

    “saya rasa bsalah belakon ada adegan pegang2” – si polan
    weiiiii poyo lahhh, benti je lah belakon, lagha ja smua niiiiiiii!!!!

    yet, here you are, buka website gosip artis.

    • Anonymous

      August 9, 2018 at 3:05 pm

      eeeeuuuwwwww…..mamak mai dah…

  5. Anonymous

    August 9, 2018 at 1:07 pm

    Saharul ni jumpa depan2 hensem btul. Tinggi. Kulit pun cantik. Yg pasti lelaki melayu yg hensem. Muka manis.

    • Anonymous

      August 9, 2018 at 1:42 pm

      Diam la bini sahrul. Kemain puji laki sdirik pui.

    • Anonymous

      August 9, 2018 at 3:04 pm

      hahahaahaa!!!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama