“Rasa Bangga Dan Seronok!” Norlia Ghani Jadi Muka Depan Majalah, Que Haidar Puji Usaha Penerbitan Angkat Nama Artis Veteran

Hiburan

“Rasa Bangga Dan Seronok!” Norlia Ghani Jadi Muka Depan Majalah, Que Haidar Puji Usaha Penerbitan Angkat Nama Artis Veteran

Pelakon versatil, Que Haidar meluahkan rasa bangga dan seronok apabila melihat usaha penerbitan majalah hiburan tempatan menaikkan kembali wajah-wajah artis veteran yang pernah mewarnai industri seni negara sehingga kini.

Que HaidarSumber : Instagram Que Haidar  

Ini berikutan pelakon Norlia Ghani telah dijadikan sebagai muka depan sebuah majalah iaitu Panca Indera menerusi sisipan sebuah akhbar perdana negara.

Advertisement

Menurut Que yang tampil menzahirkan rasa gembira itu menerusi sebuah hantaran di akaun Instagramnnya baru-baru ini, usaha seperti itu wajar diperbanyakkan lagi kerana sumbangan artis-artis veteran mereka dalam industri hiburan dapat dihargai dan dijadikan contoh oleh pendatang-pendatang baru.

“Kalau bukan kita yang dalam industri mengangkat mereka, siapa lagi? Saya tersenyum. Rasa bangga, seronok. Tak kisahlah produser ke, pengarah ke, stesen tv ke, rakan-rakan wartawan ke kita kena bersama-sama. Saya suka tengok cover @pancaindera.mm minggu ini. Saya rasa perlu diperbanyakkan lagi mengangkat lagenda-lagenda dalam industri kita.”

Dalam pada itu, pelakon filem Rock Oo itu turut menyeru agar masyarakat di luar sana tidak sewenang-wenangnya memandang rendah kredibiliti pelakon senior dan sentiasa menghormati figura-figura ini.

Que Haidar juga dilihat sempat meluahkan keinginan untuk bergandingan bersama pelakon Norlia Ghani dalam mana-mana terbitan drama atau filem pada suatu masa nanti jika diberikan peluang.

“Dah lama teringin untuk digandingkan dengan seniwati seorang ni. Insya-Allah suatu hari nanti, Amin.”- Que Haidar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Que Haidar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...