Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ras Adiba Radzi Digantung Kerana Botakkan Kepalanya

Baru sahaja membotakkan kepalanya untuk membantu kanak-kanak kanser, hari ini Ras Adiba Radzi menerima berita yang agak menyedihkan. Kerana tindakannya membotakkan kepala, Ras Adiba telah digantung daripada muncul di kaca TV oleh sebuah stesen TV tempatan.

ras adiba radzi

Advertisement

Menurut sumber, imej baru Ras Adiba Radzi ini tidak sesuai untuk seorang pembaca berita. Namun begitu, penggantungan ini hanya bersifat sementara sehinggalah rambut Ras Adiba Radzi tumbuh semula seperti sediakala. Sementara itu, Ras Adiba turut menerima beberapa panggilan daripada orang yang tidak dikenali mendakwa Ras Adiba melanggar fatwa yang melarang wanita membotakkan kepalanya.

ras adiba

Namun Ras Adiba menjelaskan yang dia sudah pun membuat kajian sebelum membotakkan kepalanya. Dan sebenarnya rambutnya tidaklah dibotakkan sepenuhnya sebaliknya Ras Adiba menggunakan “scalp” untuk menutup rambutnya yang masih ada. Kata Ras Adiba kepada The Star:-

I am answerable to God. Islam is a way of life, and we are told to always help people. I am a Muslim, I pray five times a day and I love my religion.

Diharap rambut Ras Adiba Radzi tumbuh dengan cepat dan dapat membaca berita semula. Cadangan Abang Nara, apa kata cuba memakai tudung buat sementara waktu. Mana tahu stesen TV tersebut akan membenarkan Ras Adiba membaca berita dengan bertudung. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

132 Comments

  1. aishhhh

    July 13, 2012 at 8:28 am

    aku x pernah minat si diba ni..tak padan dengan lumpuh, naik wheelchair, tapi pakai skirt pendek, baju ketat, kopek nak tkeluar aje

  2. bib

    June 29, 2012 at 10:25 am

    aik..pasal tudung pun boleh main2..bodoh la idea tu

  3. sheimonz

    June 28, 2012 at 3:48 pm

    ish ish ish… sebab ras adiba dan abang nara je , korang semua boleh bergaduh nak menegakkan pendapat masing2, papehal pun, pada pendapat saya, ras adiba tu yang poyo. botakkan kepala sebab nak cari glamor. sebab dia sorang je artis yang diasble.. dalam sukan paralimpik pun poyo je lebih.. main x pandai lansung, disiplin x dak. mana nak menang dalam acara yang dia ambil…

  4. cheqgu

    June 28, 2012 at 1:29 pm

    ras ni ckp kosong je…..bler x de ilmu nak berckp ni jdnye…..tunggang terbalikn jdnye….ikot sedap mulot je ckp

  5. kau ingat aku makcik kau??

    June 28, 2012 at 10:15 am

    kan lebih berfaedah sekiranya kak ras kite sumbang je duit banyak2 dari botakkan kepalanya…. niat nye murni tp sayang….. salah langkah pulak….

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama