Tampil menjawab dakwaan orang ramai yang dirinya kini kembali membuka tudung selepas menjadi senator di Dewan Negara, bekas personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi mendedahkan beliau memang tidak bertudung dan hanya mengenakan turban atau skaf sahaja untuk menutup kepalanya.
Ras juga tampil menyangkal dakwaan itu apabila beliau bertindak membalas salah satu komen di laman Instagramnya berikutan pertanyaan pengikut berkenaan status terkini penampilannya.
“Saya tidak pakai tudung. Saya cuma kenakan skaf atau turban sahaja. Semoga saudari dilindungi Ilahi selalu dan diberikan pedoman senantiasa.”
Sebelum ini, Ras tampil dengan imej bertutup kepala dengan kebanyakannya menggunakan gaya lilitan turban. Namun sejak 2013, Ras Ras dilihat mula mengenakan turban ketika membaca berita di saluran televisyen tempatan.
Sekadar informasi, Ras telah selamat diijab kabulkan dengan ahli perniagaan Mohamed Azam Ali pada Mac 2019.
Ras juga merupakan Presiden Orang Kurang Upaya (OKU) Sentral yang telah mengangkat sumpah sebagai senator Dewan Negara pada 20 Mei 2020 berkuat kuasa selama tempoh tiga tahun.