Ras Adiba Radzi Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-Kanak Kanser

Hiburan

Ras Adiba Radzi Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-Kanak Kanser

Rambut adalah mahkota seorang wanita. Bekas pembaca berita TV3, Ras Adiba Radzi sanggup mengorbankan rambutnya sempena kempen Jom Botak oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser. Memang satu pengorbanan yang amat besar sebenarnya untuk seorang wanita.

ras adiba radzi

Advertisement

Kempen Jom Botak oleh MAKNA ini bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM50,000 untuk serba sebanyak membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser. Semoga dengan usaha murni selebriti seperti Ras Adiba Radzi ini lebih ramai artis yang akan turut serta. Tambah molek kalau artis lelaki kerana lebih senang untuk seorang lelaki membotakkan kepalanya berbanding wanita. Tak gitu? Kredit info portal Murai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

125 Comments

  1. hamba allah

    June 25, 2012 at 4:42 pm

    Hukum mencukur atau membotakkan kepala perempuan adalah haram kerana ia perbuatan yang tidak disukai oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya yang bermaksud :

    “Rasulullah saw berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah” (Riwayat Imam Al-Bukhari)

  2. Anonymous

    June 25, 2012 at 3:11 pm

    kesan kemoterapi tu semua rambut/bulu yg ada kat badan sumenye gugur…rambut bulu kening bulu mata bulu roma …

  3. cikdee

    June 25, 2012 at 2:20 pm

    boleh sesiapa terangkan kaitan botakkan kepala dengan mendapatkan dana untuk bantu pesakit kanser tu… ada orang donate kalau ras adiba botakkan kepala ke? kalau iye, aku paham … tapi kalo tak, aku konpius!!!

  4. stupid artist is just stupid

    June 25, 2012 at 1:26 pm

    do you think by bold hair, can make the cancer kids healthy??????? so stupid…. itu namanya buat amalan di dalam dosa, dosa dalam amalan, tudung is a better way to SUPPORT them.

  5. ooooo...

    June 25, 2012 at 12:41 pm

    kan ke bgus kalo entry kt ats ni tulis
    “Ras Adiba bertudung utk menunjukkan salah satu anjakan paradigma dlm kehidupan disamping membuat amal bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) ”
    Ya Allah…Kau Yang Maha Mengetahui….amin…

Loading...