Rambut adalah mahkota seorang wanita. Bekas pembaca berita TV3, Ras Adiba Radzi sanggup mengorbankan rambutnya sempena kempen Jom Botak oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser. Memang satu pengorbanan yang amat besar sebenarnya untuk seorang wanita.
Kempen Jom Botak oleh MAKNA ini bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM50,000 untuk serba sebanyak membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser. Semoga dengan usaha murni selebriti seperti Ras Adiba Radzi ini lebih ramai artis yang akan turut serta. Tambah molek kalau artis lelaki kerana lebih senang untuk seorang lelaki membotakkan kepalanya berbanding wanita. Tak gitu? Kredit info portal Murai.