Rapper Indonesia Bengang Lagu Bobo Dimana Miliknya Diciplak

Hiburan

Rapper Indonesia Bengang Lagu Bobo Dimana Miliknya Diciplak

Teruk dikecam dan dikritik sebelum ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri bagaimanapun tidak berputus asa ingin bergelar penyanyi dan kini tampil dengan lagu barunya, Bobo Dimana yang dinyanyikan bersama Nur Sajat dan selebriti Indonesia, Lucinta Luna.

Advertisement

Walaubagaimanapun, timbul dakwaan terbaru mengatakan lagu tersebut sebenarnya diciplak. Seorang penyayi Rap Indoneesia yang dikenali sebagai Roy Ricardo yang memang popular dengan lagu Semalem Bobo Dimana sejak tahun 2014 memberitahu beliau menerima pelbagai mesej daripada peminat untuk menjelaskan mengenai lagu Bobo Dimana.

Ramai yang keliru kerana lirik kedua-dua buah lagu tersebut masih sama cuma tajuknya sahaja yang berbeza.

Dengan nada kesal dan bengang, Roy mengatakan Aliff Syukri, Sajat dan Lucinta Luna tidak meminta izin darinya dahulu untuk menggunakan lagu karya beliau. Dalam erti kata lain, ia telah diciplak. Bukan wang yang menjadi isu utama tetapi apa salahnya untuk menghormati karya orang lain.

Berdasarkan video di atas, memang ada persamaannya. Memang dalam industri muzik ada kalanya kita ‘recycle’ semula lagu lama untuk diberikan nafas baru, tetapi kan lebih elok kalau dapat izin daripada pemilik asal lagu tersebut? Apa pula komen anda.

Sumber Berita : YouTube Roy Ricardo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

42 Comments

  1. fishball

    September 15, 2018 at 9:51 pm

    don’t need to gaduh2 because the song is shit

  2. Hanani

    September 15, 2018 at 4:24 am

    Alif dah terkena. Dia x perasan ke si LL tu just nak duit dia, menumpang senang. Gigih dtg malaysia rapat2 dgn sajat, lepas tu ajak buat lagu. Mana partner dangdut dia. Tak nampak dah sejak rapat dia dgn buinessman. Tanya je ni..

  3. Zarina Zainoordin

    September 14, 2018 at 7:48 pm

    Semua saluran radio Malaysia khasnya yang berbahasa Melayu diminta tidak memainkan lagu ini dan juga semua lagu nyanyian Lucinta Luna dari Indonesia serta haramkan sekali lagu “Police Entry” nyanyian Elizabeth Tan.

  4. Junaidi Syarif

    September 14, 2018 at 7:42 pm

    ‘BOBO’ means SLEEP in Indonesian Language

  5. Si Dey

    September 14, 2018 at 5:52 pm

    Nk comment satu jer ke atas kededua video clip:
    “Astarghfirullalazimmmm…”

Loading...