Seorang rapper era 2000-an kini berdepan saman selepas isterinya memfailkan tuntutan terhadap wanita yang didakwa sebagai kekasih gelapnya.
Menurut laporan AllKpop, isteri rapper itu menfailkan saman bernilai KRW30 juta (kira-kira RM100,000) terhadap wanita terbabit kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan suaminya sejak April tahun lalu.
Selain saman tersebut, pasangan ini juga dikhabarkan sedang melalui proses perceraian. Rapper berkenaan kini tidak lagi tinggal bersama isterinya dan memilih untuk menetap bersama kekasih gelapnya.
Lebih mengejutkan, dalam tuntutan yang difailkan, isteri rapper mendakwa rumah tangga mereka mula retak selepas berlakunya insiden keganasan rumah tangga. Keadaan menjadi lebih serius apabila rapper itu didakwa tidur bersama kekasihnya walaupun anak-anak hadir menziarah.
Apabila anak-anak mengetahui hubungan sulit itu dan memaklumkannya kepada ibu, rapper berkenaan dikatakan memukul mereka sehingga lebam sebelum meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan di kawasan parkir.
Tindakan ini bukan sahaja menjejaskan hubungan keluarga, malah memberi kesan emosi yang besar kepada isteri dan anak-anak.
Peguam isteri rapper menegaskan bahawa wanita simpanan tersebut perlu bertanggungjawab dan memberi pampasan atas kerosakan yang berlaku dalam rumah tangga kliennya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.