Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rapat Dengan Shahir AF : Erra Fazira Bagaimanapun Enggan Menaruh Harapan

Sudah berbulan lamanya gosip percintaan antara Erra Fazira dan Shahir AF menjadi bualan ramai. Namun, sehingga kini kedua-duanya masih lagi berdiam diri dan tidak mahu mendedahkan status sebenar hubungan mereka.

Advertisement

Jelas Erra beliau memang rapat dengan Shahir dan menyifatkan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang sahabat.

Malah, Erra juga enggan meletakkan sebarang harapan terhadap hubungan berkenaan dan menerima apa sahaja kehendak takdir buat mereka.

Kalau nak bercakap mengenai hubungan kami, rasanya tak ada apa-apa yang boleh dikongsikan. Semuanya sama saja. Saya tidak mahu cakap mengenai kemungkinan kami akan berkahwin atau kerana hubungan kami sekarang seperti biasa saja.

Bagi saya, kalau ada, adalah jika tidak, tidaklah. Saya tidak kisah dan tidak meletakkan apa-apa jangkaan dan harapan.

Gosip mereka bercinta bermula apabila Erra dan Shahir dilihat keluar bersama dengan kerap pada pertengahan tahun lepas. Ada juga pihak yang mendakwa Shahir juga adalah insan yang berjaya mendekatkan Erra kepada jalan Allah SWT apabila primadona itu mula berhijab.

Sumber Berita: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama