Rapat Dengan Fazura, Zahirah Macwilson Didakwa Ada Niat Tersembunyi?

Hiburan

Rapat Dengan Fazura, Zahirah Macwilson Didakwa Ada Niat Tersembunyi?

Tindakan Zahirah Macwilson memuat naik foto mesra dan dilihat agak rapat dengan aktres Nur Fazura menimbulkan sedikit persoalan dikalangan netizen. Ada pula beberapa pihak mendakwa Zahirah mempunyai maksud tersembunyi disebalik hubungan yang terjalin.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Zahirah memberitahu beliau ikhlas bersahabat dengan isteri Fattah Amin itu dan berharap hubungan rapat antara mereka berdua tidak dipertikaikan.

Kami kenal sudah lama, sejak dua tahun lalu ketika kami sama-sama terbabit dalam penggambaran komersial. Sejak itu, kami berdua menjadi rapat, tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui. Jangan salah anggap persahabatan kami kerana mahu berkomplot atau mempunyai maksud lain. Itu tidak benar sama sekali. Kami ikhlas ketika berkawan dan rasanya tiada apa yang perlu dipertikaikan.

Keakraban yang terjalin antara Zahirah dan Fazura tidak perlu dipersoalkan. Baguslah kalau mereka berkawan dan berdoa agar persahabatan ini berkekalan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...