September 18th, 2018

Foto penyanyi Sufian Suhaimi memberikan sekuntum bunga mawar merah sambil menatap wajah seorang gadis berhijab yang manis dan cantik wajahnya mencetuskan pelbagai tanda-tanya. Adakah Sufian dan gadis tersebut mempunyai apa-apa hubungan istimewa?

Untuk pengetahuan anda, gadis itu yang dikenali sebagai Ayra Messi adalah model yang membawakan watak sebagai kekasih Sufian dalam muzik video lagu Di Matamu.

Menjawab persoalan ramai adakah beliau sudah kembali membuka pintu hatinya untuk menerima cinta baru, Sufian menerusi portal Harian Mentro tampil menjelaskan perkara sebenar.

Bagi peminat yang menonton muzik video ini mesti kenal dan tahu. Ayra adalah model dalam muzik video berkenaan. Kami tidak ada apa-apa hubungan istimewa seperti diperkatakan. Dalam erti kata lain, dia bukan kekasih saya.

Cuma, semalam saya dijemput menghadiri acara pembukaan butik di Batu Pahat. Kebetulan, Ayra ada sekali. Jadi, kami terjumpa di situ. Memandangkan juru foto majlis itu rakan saya, kami pun acah-acah buat sesi fotografi.

Sufian juga tidak mahu peminat salah faham dan memberitahu beliau tidak mencetuskan sebarang gimik. Sebelum ini, rata-rata netizen memuji betapa sepadannya Sufian dan Ayra serta berharap mereka benar-benar bercinta.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Aqo Imran


28 responses to “Rapat Bersama Seorang Gadis Berhijab Cantik, Sufian Suhaimi Sudah Jumpa Pengganti?”

  1. Alanice says:

    Bnyk EL trooper r dlm ni

  2. gogi says:

    jom pian kita blowjob dua. takyah layan perempuan ni. laki sama laki lagi best. nak jolok pun boleh. nak isap pun boleh.

  3. Anonymous says:

    Kannn..sis rse yg nie lg cantk drpd pira lo tu..biaq la depa nk kata muka puct mcm myt ke..jnji xgila duit cm budak pira lo???

  4. AYNI says:

    cantikla ayra. SMoga pian berjodoh dgn awak.

Loading...