Penampilan barunya yang berambut pendek mencuri perhatian baru-baru ini dan ramai menganggap ia adalah imej baru untuk dirinya melangkah selepas episod perceraian.
Bagaimanapun, tuan empunya badan, Fyna Jebat menafikan bahawa imej tersebut adalah kerana kecewa dengan perkahwinan bersama Datuk Zainal Abidin Hassan yang tak bertahan lama.
Video temu bual Fyna bersama portal tempatan baru-baru ini meraih perhatian warganet apabila dia dilihat memakai rantai emas dan loket huruf ‘Z’.
Disebabkan itu, segelintir warganet membuat andaian dan menganggap bahawa adik kepada penyanyi Ayda Jebat itu masih belum ‘move on’ dengan apa yang berlaku.
Sehingga kini, tiada respon diberikan daripada pihak Fyna tentang dakwaan tersebut namun sebelum ini dia mengaku masih bersahabat dengan bekas suami.
Bagaimanapun, jika diperhatikan Fyna sebenarnya dilihat sudah lama memakai rantai tersebut ketika sebelum dia berpisah dan menukar imej berambut pendek.