Sudah menjadi kebiasaan apabila melancong ke sesuatu destinasi, kita pasti membeli cenderamata sebagai tanda kenangan.
Namun begitu, sepasang suami isteri mengalami pengalaman mistik selepas membeli perhiasan perak di Bali, Indonesia, baru-baru ini.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh si isteri, melalui akaun TikTok bernama Maiyya. Dia menceritakan insiden pelik yang berlaku sebaik sahaja mereka pulang ke Malaysia selepas berbulan madu di sana.
Peringatan kepada mereka yang melancong ke Bali. Tolong lebih berhati-hati apabila membeli barang tradisional atau buatan tangan.
Suami saya beli rantai leher perak buatan tangan di Bali.
Masa tu dia teruja beli untuk saya sebab cantik dan ia hadiah bulan madu. Tapi sejurus saya pakai di Malaysia, saya mula alami pengalaman yang pelik.
Menurutnya, dia tidak menyangka gangguan aneh yang dialaminya berpunca daripada perhiasan tersebut.
@_.maiyya._ ??
? Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Saya rasa macam terganggu, tenaga pun rasa lain. Saya tak sangka gangguan itu berpunca daripada rantai tersebut. Rupa-rupanya ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Suami saya minta seseorang untuk periksa, dan sah ada penghuni.
Maiyya turut memaklumkan bahawa rantai tersebut telah dibuang ke laut, selain menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya membeli barangan cantik yang berkemungkinan berpenghuni.
Difahamkan, video yang dikongsi itu telah meraih hampir sejuta tontonan di TikTok dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
Ada yang turut berkongsi pengalaman serupa dialami oleh kenalan mereka. Ramai juga yang menasihati supaya berhati-hati membeli barangan antik di kawasan tersebut kerana dipercayai masih terikat dengan amalan mistik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.