Written by AbangNara | December 5th, 2013

Sekali pandang, memang nampak seperti rantai salib. 2 kali pandang, pun masih nampak seperti salib. Namun 3 kali pandang, barulah Abang Nara perasan bahawa rantai yang dipakai oleh suami Daphne Iking ini adalah berbentuk pedang sebenarnya. Itupun selepas Abang Nara membaca penerangan yang dibuat oleh Daphne sendiri. Kalau tak memang Abang Nara ingat rantai salib dah.

rantai salib suami daphne iking

Ternyata gambar yang dikongsi menerusi akaun Instagram Daphne Iking ini telah menimbulkan kontroversi di kalangan para pengikutnya. Ramai yang menegur dan melahirkan rasa kecewa kerana suami Daphne tidak peka dengan status dirinya sebagai seorang beragama Islam. Namun kontroversi itu ditamatkan menerusi penerangan Daphne menerusi gambar di bawah dengan caption “Kenneth and Denise! We must do this more often. For those who have commented on my last few posts, @joelebosi’s pendant is a sword. And yes. As sharp as his tongue.
rantai salib suami daphne iking

Semoga semua orang yang tertanya-tanya berpuas hati selepas membaca penerangan daripada Daphne Iking. Nak lagi senang lepas ini tak payah pakai rantai apa-apa dah. Terus tak ada kontroversi langsung. Hehehe. Lagipun suami Daphne Iking memang dah macho dah. Tak perlu rantai untuk tambah kemachoannya. Hehehe.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

103 responses to Rantai Bentuk Pedang Suami Daphne Iking Timbulkan Kontroversi

  1. mcm cantik je says:

    baru tau daphne n asben dia ni islam ghupenya… maaflah sbb pakaian tak melambangkan ciri2 muslim tu… semoga kita sama2 mendapat hidayah…

  2. Kentut says:

    Laaa.. Dah masuk islamm.. Tapi asal name tak tukarr ?? Aku ingatkan non-muslim… Terpikir.. Pelik jugak kenapa nak kecoh-kecoh..

    • Anonymous says:

      nama tak wajib tukar..takde masalah dengan nama..tapi kalau diberikan nama yg bermaksud baik dalam Islam adalah lebih bagus kerana ianya menjadi satu doa buat sipemunya nama setiap kali namanya dipanggil (panggil nama dengan penuh, bukan singkatan nama)

  3. kak chah says:

    itu antara dia dgn Allah la..kita yg melihat ni istighfar banyak2 dan doalah semoga kita dijauhkan dari perkara2 dan perlakuan2 yg tidak diredhai Allah..

  4. ulala says:

    islam atas nama! budus

  5. ulala says:

    islam atas nama! budussssss

  6. neel says:

    bentuk pedang = bentuk salib. dah terang lg bersuluh bentuk mcm salib mcm mana boleh terrrminat dgn bentuk pedang jugak? bentuk lain takde ke? bentuk pedang tu je yg buat nampak cool eh? hmmmmmm.

  7. benci mamat poyo says:

    rakyat mesia yg eslam bajet suci kut?sebab tu suka sgt memaki mengata mcm bagus sgt?huhu…saya sokong kak chah…kita jaga diri kita..mudahan dijauhi dr perlakuan yg tidak diredhai Allah..menegur ada cara..bukan nye mengkafir membudus memaki and what not..the way you condemn the others only indicates who you really are…not those who you condemn…

  8. Anonymous says:

    nape laki dia mcm selekeh jer…dh le x ensem…poyoooooo jer aku tengok….

  9. akid says:

    Sengaja mencipta kontroversi la ni. Saja nak nunjuk rantai tu

  10. Audrey Hepburn says:

    Ah, this couple, what do you expect. Whatever you talk about them, they still feel proud with what they do. May Allah gives them His mercy.

  11. gradeD says:

    alah…. poyo lebeh.program si minah ni pon Grade D. siapa lah yg tengok agaknya. Total RUBBISH!! Ntah apa2 ntah.

  12. kefli tawil says:

    pakai rantai tu hukumnya haram

  13. McFlurry says:

    tak kisah la bentuk apa pon, tp lelaki kan tak bley pakai rantai. para lelaki, toksah la pakai la rantai gelang bagai tu. :)

  14. halim` says:

    pakai je la apa ko nak pakai labu… ko yg islam, bukan rantai tu yg islam, rukun ada 5.

  15. USTAJAH says:

    ni.. pompuan masuk islam ke yang jantan masuk kristian? mungkin mereka nak mempersendakan ugama islam..kerana apa2 bentuk yang menyerupai salib adalah haram bg org islam memakai..

  16. Khorij says:

    Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian.Tak kira laa bentuk pedang kaa salib kaa…hatta kalau bentuk hati sekali pon tetap haram buat lelaki…

  17. saekotanaka says:

    kalau pkai bde2 yg menyerupai tukan dah mmg xboleh…nak pkai lg ape psal…laki islam xboleh pkai ape2 perhiasan wanita…xkan xtau agama…moga dijadikan pengajaran

  18. holla says:

    saje nk cari publisiti murahan la tu…hadoiii

  19. akumila says:

    Kalau tak memang Abang Nara ingat rantai salib dah.abg nara walaupun dia berbentuk mcm pedang tetapi adalah berdosa jika kita memakai benda yang menyerupainya..ternyata ia adalah Salib

  20. nanny manny says:

    bentuk pedang ke, bentuk sampan ke, bentuk burger ke, tapi kalau dah menyerupai salib tak boleh. full stop. segala penjelasan dan alasan tak valid.

  21. zass says:

    better xyah pakai rantai lgsung drpd pakai. rantai tu kan untuk kaum wanita..

  22. bobcat says:

    A quote from Benjamin Franklin says” we are all born ignorant, but one must work hard to remain stupid.” Well Mr Iking (mind me for being sarcastic), you’re the latter. Stupid is as stupid does… wakaka!

  23. Anonymous says:

    ituu saja pn mw ada kontreversi.. alahaii.. kasiannya.. urg melayu memangg mcm nie ka?? bru pkaii rntaii salib mcm tu pn,,mw kasii hebohh sluruhh dunia.. talampau sempit jgak pemikiran kmu nie..