Ranking Negara Yang Mempunyai Rizab Emas Paling Banyak Di Dunia

Trending

Ranking Negara Yang Mempunyai Rizab Emas Paling Banyak Di Dunia

Nilai bagi mata wang global selalunya dikaitkan dengan nilai emas. Meskipun dahulu apa yang dipanggil Gold Standard sudah tidak lagi digunakan, akan tetapi masih lagi terdapat banyak negara dan institusi yang masih memiliki jumlah yang besar logam berharga ini.

Advertisement

Di bawah ini adalah ranking 10 tempat yang banyak menyimpan emas – menurut World Gold Council’s World Official Gold Holdings. Ranking ini diambil kira melalui rekod yang dicatatkan sehingga bulan November 2017.

10. BELANDA : 612.5 tan

Rancangan bagi mengubah lokasi simpanan emas dari tempat semasa yang terletak di tengah Amsterdam ke sebuah lokasi di Zeist sedang dirancang. Dikatakan beberapa emas mereka ada diletakkan di Bank of England – bank di antara Bank of Canada dan Bank Rizab Persekutuan di Amerika.

9. JEPUN : 765.2 tan

Negara Jepun sendiri mempunyai sumber logam emas meskipun negara ini selalu dikaitkan dengan kekurangan sumber bahan mentah ini. Kebelakangan ini penerokaan pencarian emas telah menunjukkan tanda-tanda positif dan Jepun telah mula untuk mengeksploitasikan rizab mereka denga lebih lanjut.

8. SWITZERLAND : 1,040 tan

Majoriti emas mereka disimpan di negara mereka sendiri, akan tetapi dilaporkan terdapat sebahagian yang disimpan di Bank of England dan Bank of Canada.

7. RUSIA : 1,778.9 tan

Rusia memiliki rizab emas satu pertiga lebih banyak dibandingkan dengan Switzerland. Tidak mencukupi dengan jumlah yang dimiliki, dilaporkan negara ini sangat sibuk dengan aktiviti bagi meluaskan lagi rizab mereka. Dilaporkan juga mereka tidak perlu mengimport kerana industri perlombongan emas di sana dikatakan mempunyai nilai berbilion dolar.

6. CHINA : 1,842.6 tan

Meskipun menduduki ranking ke-6, China adalah merupakan negara emas terbesar – mendahului Australia dan Rusia. Permintaan emas di dalam negara mereka semakin bertambah disebabkan perkembangan rakyat kelas tengah mereka yang semakin kaya.

5. PERANCIS : 2,435.9 tan

Bagi Perancis yang menduduki tempat ke-5, dilaporkan kebanyakan simpanan emas mereka diperolehi diantara tahun 1950 dan 1960. Meskipun sebahagian daripadanya disimpan di luar, dilaporkan kebanyakannya disimpan di peti simpanan di bawah Banque de France di Paris.

4. ITALY : 2,451 tan

Tidak seperti kebanyakan negara lain di mana emas dimiliki oleh kerajaan dan diuruskan oleh bank pusat, emas di Italy dimiliki sepenuhnya oleh Banca d’Italia. Emas mereka disimpan di sebuah peti simpanan yang terletak di Rome dan Swiss National Bank.

3. INTERNATIONAL MONETARY FUND (IMF) : 2,814 TONS

The International Monetary Fund (IMF) merupakan kumpulan yang terdiri daripada 189 negara yang bekerja bagi memupuk kewangan global. Dilaporkan sumber utama emas ini adalah daripada kuota langganan daripada negara yang menyertai institusi ini.

2. JERMAN: 3,373 tan

Jerman merupakan negara kedua terbesar dalam jumlah simpanan emas. Takut akan emas mereka akan jatuh ke tangan Soviet ketika perang dingin, kebanyakan simpanan emas mereka telah disebarkan ke luar negara. Kebelakangan ini dikatakan sekurang-kurangnya separuh daripadanya telah dibawa pulang ke tanah air dan disimpan di Frankfurt.

1. AMERIKA SYARIKAT: 8,133.5 tan

Berada di kedudukan pertama, jumlah rizab emas Amerika hampir sama banyak dengan jumlah gabungan rizab emas dari Jerman, IMF dan Italy. Majoriti emas mereka didepositkan di serata Amerika dan Fort Knox adalah merupakan salah satu diantara tempat yang terkenal.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...