Rani Kulup Dan Uqasha Senrose Sertai Super Spontan Musim Ke 4

Hiburan

Rani Kulup Dan Uqasha Senrose Sertai Super Spontan Musim Ke 4

Siapa yang tidak kenal dengan Rani Kulup, ayahanda Kipidap Dongibab kita ni. Populariti Rani Kulup ini memang sehebat dan setanding artis Malysia. Siapa sangka bahawa Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) ini akan menyertai rancangan Super Spontan musim ke 4.

Advertisement

Kita panggil Rani Kulup sebagai tetamu kerana musim ini kita memakai slogan dan semangat dia sebagai nama kumpulan iaitu Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab. Dia juga akan muncul pada malam pembukaan dan beberapa episod yang istimewa bagi memeriahkan pertandingan itu nanti.

Selain Rani Kulup, Uqasha Senrose juga dipilih sebagai barisan pemain utama yang akan bersaing di pentas Super Spontan All Stars  bersama beberapa pelawak lain.

Menurut Ketua Pengisian dan Saluran Komedi Astro, Bob Azrai, pemilihan aktres tersebut adalah berdasarkan prestasi cemerlangnya sebagai tetamu undangan pada program separuh akhir musim sebelum ini.

Kita akui sukar untuk mencari peserta wanita dan ramai takut untuk menyertainya kerana ia melibatkan permainan secara spontan. Bila kami lihat Uqasha mampu untuk bermain dengan baik, kami cuba bertanya sama ada dia ingin terlibat atau tidak.

Seramai 13 pelawak dan pengacara televisyen lain turut terlibat iaitu Johan, Zizan Razak, Pak Yus, Tauke, Rahim R2, Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Along Cham, Achey, Abam, Jihan Musa, Yasmin Hani dan Nana Mahzan.

Program tersebut yang akan bermula pada 28 Ogos ini akan bersiaran selama 10 minggu akan enampilkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara, manakala Reza Zainal dan Rashid Salleh sebagai pengurus kumpulan, manakala Afdlin Shauki sebagai pengulas dan Amir Raja Lawak pengulas sampingan.

Super Spontan All Stars akan bersiaran pada setiap Jumaat, pukul 10 malam secara eksklusif di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Pergh, hebat betul pengaruh Rani Kulup ni meskipun ramai sebenarnya yang mengutuk beliau daripada belakang. Inilah nama rezeki, ko hado?

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...