Rangking Kelab Bola Terbaik Di Dunia IFFHS, JDT Diatas Southampton & AC Milan. Mantap!

Trending

Rangking Kelab Bola Terbaik Di Dunia IFFHS, JDT Diatas Southampton & AC Milan. Mantap!

jdtPasukan bola sepak Harimau Selatan, Johor Darul Takzim telah membuat kejutan apabila pasukan berkenaan telah tersenarai dalam kelompok 200 kelab terbaik dunia yang dikeluarkan oleh Statistik dan Sejarah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS).
JDT menduduki tangga ke 152 mengatasi pasukan ternama bola sepak Eropah seperti Southampton Dan AC Milan yang berkongsi kedudukan 153 bersama pasukan Deportes Tolim dari Colombia.

Pada kedudukan tangga 152 itu, JDT merupakan kelab ke 11 terbaik di Asia selepas diatasi oleh Buriram United FC dari Thailad yang berada pada kedudukan 137 dunia.

Advertisement

Kedudukan terbaru yang dikeluarkan ini adalah berdasarkan prestasi pasukan dalam liga domestik dan antarabangsa pada 2015 dan awal tahun ini.

Berdasarkan prestasi semasa pasukan JDT, kedudukan berkenaan kemungkinan berubah ke tangga lebih baik dengan JDT kini dalam kedudukan agak selesa dalam piala AFC dan liga Super.

Berikut adalah senarai 10 pasukan terbaik.

TOP 10 DUNIA

1 FC Barcelona (Sepanyol)
2 Juventus FC, (Itali)
3 SSC Napoli (Itali)
4 FC Bayern München (Jerman)
5 Paris Saint-Germain FC (Perancis)
6 Real Madrid CF (Sepanyol)
7 Independiente Santa Fe CD(Colombia)
8 ACF Fiorentina(Itali)
9 CA River Plate(Argentina)
10 VfL Wolfsburg(Jerman)

TOP 10 ASIA

48 Al-Ahli, Jeddah (Arab Saudi)
60 Al-Hilal S FC,  (Arab Saudi)
73 Guangzhou Evergrande FC (China)
81 FC Seoul (Korea Selatan)
99 Jeonbuk Hyundai Motors FC (Korea Selatan)
102 Gamba Osaka (Jepun)
110 Al Ahli FC Dubai(UAE)
121 Suwon Samsung Bluewings FC (Korea Selatan)
128 Seongnam Ilhwa Chunma (Korea Selatan)
137 Buriram United FC (Thailand)

TOP 10 AFRIKA

36 Étoile Sportive du Sahel (Tunisia)
86 Zamalek SC, al-Q?hirah (Mesir)
90 USM Alger (Algeria)
98 Al-Ahly SC, al-Q?hirah (Mesir)
109 Al-Merreikh Omdurman (Sudan)
115 Al-Hilal Omdurman (Sudan)
116 Espérance Sportive Tunis (Tunisia)
117 TP Mazembe, Lubumbashi (Congo)
145 CS Sfaxien (Tunisia)
149 Orlando Pirates FC (Afrika Selatan)

Pada 2008, sebuah lagi pasukan bola sepak dari Malaysia iaitu Kedah, (KFA) pernah tersenarai dalam kelab terbaik dunia yang dikeluarkan oleh IFFHS di mana pasukan dari utara tanah air itu berada di kedudukan 145 dunia.

Senarai penuh lihat sini IFFHS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...