Rangkaian Telegram Rakaman Kamera Tersembunyi Di Tandas Awam Didedahkan

Trending

Rangkaian Telegram Rakaman Kamera Tersembunyi Di Tandas Awam Didedahkan

Saat sakit perut ingin membuang air besar atau kecil, bila sudah berada dalam kubikel, ramai yang tidak sedar bahawa ada kalanya anda sedang dirakamkan.

Satu pendedahan di Twitter mengenai satu rangkaian Telegram yang mengongsi video-video rakaman tersembunyi dalam kubikel tandas wanita telah menjadi tular.

Advertisement

Rangkaian itu mengenakan yuran keahlian seumur hidup berjumlah RM 100 .

Mangsa yang dilihat dalam rangkaian tersebut dipercayai ialah gadis-gadis tempatan yang dicuri rakam aksi dalam kubikel tandas oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Ini menimbulkan kemarahan warganet kerana untuk menyelesaikan fungsi tubuh asas juga mempunyai kebarangkalian untuk menjadi mangsa jenayah ‘kaki sekodeng’.

Sehubungan itu, seorang pengguna Twitter, Sue Anna Joe, menulis bahawa kamera tersembunyi pernah diletakkan di tempat-tempat yang pelik seperti berus sabut yang berada berhampiran pintu tandas.

Berus sabut berhampiran pintu

Cangkuk plastik pada pintu tandas


Bentuk skru, soket bekalan kuasa dan penyegar udara.


Kabel pelik berdekatan pintu

Anda juga boleh menggunakan pengesan kamera tersembunyi yang boleh dibeli secara dalam talian melalui laman beli-belah dalam talian tempatan. Sila gunakan kata kunci “spy camera detector” untuk mencarinya.

Oleh itu, ketika menggunakan tandas awam, anda harus berhati-hati.  Perhatikan jika ada sebarang objek pelik yang tidak sepatutnya berada dalam tandas untuk mengelakkan diri anda menjadi mangsa manusia jahat. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...