Saat sakit perut ingin membuang air besar atau kecil, bila sudah berada dalam kubikel, ramai yang tidak sedar bahawa ada kalanya anda sedang dirakamkan.
Satu pendedahan di Twitter mengenai satu rangkaian Telegram yang mengongsi video-video rakaman tersembunyi dalam kubikel tandas wanita telah menjadi tular.
Rangkaian itu mengenakan yuran keahlian seumur hidup berjumlah RM 100 .
Mangsa yang dilihat dalam rangkaian tersebut dipercayai ialah gadis-gadis tempatan yang dicuri rakam aksi dalam kubikel tandas oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Ini menimbulkan kemarahan warganet kerana untuk menyelesaikan fungsi tubuh asas juga mempunyai kebarangkalian untuk menjadi mangsa jenayah ‘kaki sekodeng’.
Sehubungan itu, seorang pengguna Twitter, Sue Anna Joe, menulis bahawa kamera tersembunyi pernah diletakkan di tempat-tempat yang pelik seperti berus sabut yang berada berhampiran pintu tandas.
Berus sabut berhampiran pintu
How to detect spycams in the toilet stalls?
After seeing that viral post of the Telegram group sharing images of girls on the loo, I decided to look for how these cams are placed.
This happened in Tealive Muar:https://t.co/RIL674TP0Z pic.twitter.com/WdyOD6BbbF
— Sue Anna Joe (@sueannajoe_) March 8, 2020
Cangkuk plastik pada pintu tandas
Plastic hook on the door. This one happened in Singapore:https://t.co/KtpuCFkTau pic.twitter.com/PWPw8JC64b
— Sue Anna Joe (@sueannajoe_) March 8, 2020
Bentuk skru, soket bekalan kuasa dan penyegar udara.
Spy cams in various shapes. Really tiny too.
One looks like a screw! Yikes.
Disguised as a power outlet.
Air freshener too. Aihhh.Careful koraaannggg ? pic.twitter.com/r2ROLLN4Vx
— Sue Anna Joe (@sueannajoe_) March 8, 2020
Kabel pelik berdekatan pintu
Okay for some reason tweet hidden camera dekat UIA tu dah delete. But sini ada lagi.
I think it’s important to share, tak kira mana benda ni boleh jadihttps://t.co/7vVklSAm0Q pic.twitter.com/9q0cAPyK9o
— Sue Anna Joe (@sueannajoe_) March 8, 2020
Anda juga boleh menggunakan pengesan kamera tersembunyi yang boleh dibeli secara dalam talian melalui laman beli-belah dalam talian tempatan. Sila gunakan kata kunci “spy camera detector” untuk mencarinya.
Oleh itu, ketika menggunakan tandas awam, anda harus berhati-hati. Perhatikan jika ada sebarang objek pelik yang tidak sepatutnya berada dalam tandas untuk mengelakkan diri anda menjadi mangsa manusia jahat. – amazingnara.com