Merencana untuk menunaikan Umrah dua tahun lagi bersempena dengan ulangtahun ke sepuluh perkahwinannya bersama suami Omar Sharif Christopher Layton Dalton, Ning Baizura sudah membuat persiapan lebih awal dengan mendalami ilmu agama.
Semuanya bermula apabila Omar mula terbuka hati untuk melakukan ibadah tersebut bersama Ning dan ia merupakan detik yang indah buat penyanyi tersebut kerana sudah lama mengimpikan perkara yang sama.
Hampir 10 tahun berkahwin dan ada pasang surutnya, Ning mengakui segala dugaan menguatkan lagi cinta mereka berdua.
Dua tahun lagi tempoh yang ada bagi membuat persiapan untuk ke sana juga bererti usia perkahwinan kami genap 10 tahun. Ia cukup membahagiakan saya.
Biasalah, dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Bagaimanapun kami berusaha untuk terus mengukuhkan rumah tangga kami. Ia juga proses yang lebih mematangkan kami berdua. Insya-Allah, Tuhan akan membantu mereka yang tidak pernah berputus asa.
Demi mempersiapkan diri untuk menjejakkan kaki ke tanah suci, Ning mengupah seorang ustazah untuk mengajar beliau dan suami di rumah. Ini adalah peluang untuk mereka memperbaiki diri dan menambah lagi ilmu agama.
Dua tahun ini juga menjadi ruang untuk saya dan suami memperbetulkan kelemahan yang ada, termasuk dalam bab agama.
Alhamdullillah, meskipun lambat lagi Ning dan suami hendak menunaikan umrah, persediaan yang mereka lakukan harus dipuji. Iyalah, nak ke tanah suci ini kita perlu betul-betul bersedia baik dari segi mental,fizikal dan rohani. Semoga segala persiapan mereka berdua berjalan dengan lancar. Amin..