Menggembirakan apabila pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan bahawa dia sudah pun bertunang dengan kekasih berasal daripada Sweden iaitu Michael Hansen.
Hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dalam sebuah majlis ringkas, pasangan merpati dua sejoli itu sah menjadi tunangan pada Disember tahun lalu.
Meskipun sudah mempunyai tarikh untuk nikah iaitu 28 Mei, namun segalanya masih lagi samar-samar memandangkan keadaan COVID-19 yang masih belum reda kini.
“Lepas itu keluarga belah Sweden nak datang sini kena kuarantin lagi (14 hari). Keluarga saya nak ke Sweden pula tak dibenarkan. Kesian laa nanti. Boleh nikah sekarang tapi saya tidak mahu buat secara virtual.”
Tambah Sakinah lagi, buat masa ini dia dan juga Hansen merancang untuk membuat majlis pernikahan mereka pada pertengahan tahun ini. Malah mereka mengambil kira cuti musim panas anak lelaki itu yang belum dapat dipastikan lagi buat masa ini.
Berkenaan dengan harapan dirinya terhadap perhubungan ini, pelakon wanita ini menyatakan bahawa ini adalah kali pertama dia menjalinkan hubungan cinta jarak jauh.
“Sejujurnya ini hubungan jarak jauh pertama saya. Kalau berkahwin nanti, dia ada kerjaya dekat Sweden dan saya pula ada karier di Malaysia. Cuma saya berharap kami boleh bersama sebab orang lain kahwin duduk serumah, tapi kami tidak. Sedihlah sikit.”
Semoga urusan pernikahan Sakinah dan Hansen berjalan dengan lancar.