“Rancang Naikkan Simpanan Minimum Usia 55 Tahun” – KWSP

Trending

“Rancang Naikkan Simpanan Minimum Usia 55 Tahun” – KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan jumlah simpanan asas akan disemak semula daripada RM196,800 kepada RM228,000 berkuat kuasa 1 Januari 2017.

Advertisement

Jumlah itu ditetapkan sebagai sasaran minimum simpanan KWSP yang ahli perlu miliki apabila mereka mencapai usia 55 tahun, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Simpanan asas itu merujuk kepada jumlah yang dianggap cukup bagi menyokong keperluan persaraan asas ahli selama 20 tahun daripada umur 55 ke 75 seiring dengan jangka hayat rakyat Malaysia.

Kuantum baharu itu ditanda aras terhadap pencen minimum untuk kakitangan sektor awam, yang dinaikkan daripada RM820 kepada RM950 sebulan daripada usia 55 hingga 75.

“Kuantum simpanan asas KWSP itu disemak semula secara berkala mengikut pencen minimum kakitangan sektor awam, atau setiap 3 tahun, yang mana lebih awal, dengan semakan terakhir berkuat kuasa pada 2014,” kata Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat, Nurini Kassim.

Berikutan kenaikan kos sara hidup, jangka hayat yang lebih panjang dan kadar inflasi lebih tinggi, KWSP memutuskan untuk menyemak semula simpanan asas kepada RM228,000 daripada RM196,800.

“Sejajar dengan itu, ahli ahli perlu mempunyai simpanan lebih tinggi dalam akaun KWSP mereka untuk layak menyertai Skim Pelaburan Ahli (SPA) KWSP,” katanya.

Skim itu menawarkan ahli dengan pilihan meningkatkan simpanan persaraan dengan menempatkan sebahagian simpanan KWSP mereka dalam Akaun 1 untuk dilaburkan dalam dana unit amanah atau melalui mandat swasta diuruskan institusi pengurusan dana (IPD) di bawah SPA KWSP.

Menurut Nurini, simpanan asas itu akan diguna sebagai panduan untuk ahli menentukan jumlah dibenarkan bagi dipindah untuk pelaburan di bawah skim tersebut.

Berkuat kuasa 1 Januari 2017, jumlah yang layak untuk ahli melabur di bawah SPA KWSP dinaikkan sehingga 30% daripada simpanan asas mereka daripada Akaun 1, berbanding 20% sekarang ini.

“Sebelum menyertai skim ini, ahli KWSP perlu membaca prospektus dan dokumen pendedahan untuk memahami sepenuhnya produk pelaburan tersebut dan perlu berbincang dengan penasihat kewangan profesional.

“Ahli dengan i-Akaun juga boleh merujuk kepada Portal Maklumat SPA KWSP untuk butir terperinci mengenai dana unit amanah di bawah skim itu, di samping IPD yang menguruskan dana unit amanah terlibat,” kata Nurini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...