Rampasan Terbesar Dalam Kes Rasuah, SPRM Masih Kira Jumlah Sebenar Wang

Trending

Rampasan Terbesar Dalam Kes Rasuah, SPRM Masih Kira Jumlah Sebenar Wang

Viral di laman sosial sejak dari tadi apabila beberapa keping gambar wang hasil rampasan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumah seorang pegawai kerajaan negeri Sabah dianggarkan bernilai lebih 10 juta ringgit.

Advertisement

Laporan Berita Harian, menyatakan wang berkenaan telah dirampas oleh pihak SPRM dalam operasi lewat malam semalam. Menurut sumber berkata, pegawai SPRM sehingga kini masih mengira untuk mengetahui jumlah sebenar wang berkenaan dipercayai jumlah terbesar pernah disita berkaitan kes rasuah.

“Penemuan wang tunai itu sungguh mengejutkan SPRM yang tidak menyangka wang belasan juta ringgit milik suspek ditemui di beberapa lokasi,” katanya di sini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.