“Rampas Kebahagiaan Wanita Lain Lepas Tu Boleh Gelak Ketawa?” – Nikah Saat Isteri Pertama Sarat Hamil, Netizen Tularkan Video

Trending

“Rampas Kebahagiaan Wanita Lain Lepas Tu Boleh Gelak Ketawa?” – Nikah Saat Isteri Pertama Sarat Hamil, Netizen Tularkan Video

Baru-baru ini, kecoh tentang satu pasangan pengantin yang tergamak mendirikan rumah tangga di atas penderitaan orang lain.

Seorang wanita berkongsi kesedihan dirasainya apabila suaminya memaklumkan sudah berkahwin satu lagi di saat dirinya sedang sarat hamil.

Advertisement

Dia dengan tanpa ihsan meluahkan bahawa dia dah berkahwin lain demi memenuhi rasa sunyi yang wujud dalam hati dia.

BACA: “10 Tahun Tunggu, Hari Ini Aku Cuma Jadi Kenangan” – Suami Naik Pelamin Dengan Wanita Lain, Netizen Simpati Dengan Nasib Si Isteri

Selepas tular tentang kisah ini, netizen mula tularkan tentang pengantin baru berkenaan termasuklah video perkahwinan mereka.

Video itu memaparkan majlis persandingan dan pasangan terbabit dilihat menggayakan busana pengantin bertemakan songket.

Kemain kau bang eh, bini dah tolong dari susah senang. Pastu senang senang naik pelamin bersongket bagai dengan perempuan lain.

 

View on Threads

 

Hantaran itu meraih pelbagai respon netizen terutamanya tentang isteri kedua yang dikatakan tidak berhati perut apabila mampu tersenyum di atas penderitaan wanita lain.

Rampas kebahagiaan wanita lain tapi boleh senyum gelak ketawa macam ni?

Sesetengah netizen pula tertanya bagaimana keluarga kedua-dua belah pihak terutamanya keluarga lelaki itu boleh bersetuju dengan perkahwinan ini.

komen netizen 1

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...