Ramona Zamzam Tidak Mahu Padam Foto Membelai Anjing

Hiburan

Ramona Zamzam Tidak Mahu Padam Foto Membelai Anjing

Dikecam kerana memuat naik foto sedang membelai anjing ketika bercuti bersama suaminya, Rami Alashkar di Italy, Ramona Zamzam bagaimanapun enggan memadam foto berkenaan kerana beliau menyifatkan tindakannya itu tidak melanggar apa-apa perkara dari sudut agama Islam.

Advertisement

Saya sedar ada pengikut yang bergaduh sesama sendiri kerana hal itu dan menyuruh saya membuang gambar tersebut,tetapi saya tidak akan berbuat demikian.

Pada saya tidak salah saya pegang anjing tersebut kerana kedua-duanya dalam keadaan kering, lagipun cuaca disana ketika itu sejuk dan kering.

Tambah Ramona, suaminya yang merupakan rakyat Palestin agak terkejut dan hairan dengan sensitiviti rakyat Malaysia terhadap anjing.

Suami jadi terkejut dengan sikap segelintir masyarakat kita yang seolah-olah terlalu bersikap anti dengan haiwan itu. Dia memberitahu saya, jika di luar negara termasuk negara timur tengah, haiwan tersebut dilayan seperti kucing.

Agak sukar untuk membicarakan hal ini kerana setiap orang mempunyai prinsip dan pandangan berbeza terhadap sesuatu perkara.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...