March 31st, 2015

Bila sebut sahaja nama Ramona Zam Zam, perkara yang akan di ingati ramai adalah wajahnya yang jelita selain kontroversi beliau sehingga dilabelkan sebagai perampas. Pernah dikatakan sebagai punca Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli tidak jadi berkahwin, segalanya kini sudah terjawab apabila Ramona bakal bernikah dengan jejaka daripada Palestin, Rami Alashkar.


Memilih tarikh 15 Mei depan untuk bernikah, Ramona bagaimanapun menjelaskan beliau tidak akan melangsungkan sebarang majlis bertunang.

Alhamdulillah, saya kini dalam proses persiapan untuk melangsungkan majlis pernikahan lebih kurang sebulan sahaja lagi. Saya memilih untuk terus bernikah dan tidak akan ada majlis bertunang.

Buat masa ini, kami rancang adakan majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Bagaimanapun ada pihak berhajat untuk menaja majlis akad nikah kami. Jadi kemungkinan besar lokasi dan masa akan berubah jika kata sepakat dicapai dengan penaja. Apa yang penting, tarikhnya tetap sama.

Ramona dan Rami sudah mengenali ketika mereka sama-sama menuntut di Kolej Segi. Sikap memahami Rami membuatkan Ramona merasa selesa serta tidak menghalang beliau untuk meneruskan karier dalam bidang lakonan selepas bergelar isteri nanti.

Saya bukan jenis yang pilih lelaki luar, tetapi pengalaman saya bercinta dengan lelaki tempatan membuatkan saya sedikit serik. Berbeza dengan Rami kerana dia tidak mengongkong saya, jauh sekali bersikap cemburu buta. Pendek kata, semuanya senang dan aman.

Dia juga amat memahami saya dan tidak menghalang saya meneruskan karier seni selepas berkahwin. Itu yang penting kerana saya bukan jenis yang boleh duduk diam dan suka bekerja, tapi bukan bermakna sehingga mengabaikan tanggungjawab saya.

Majlis resepsi Ramona dan Rami akan diadakan pada bulan Jun di kampung halamannya di Ipoh, Perak dan sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan di Kuala Lumpur pada September.

Nampaknya sekarang semakin ramai wanita Malaysia yang memilih jejaka asing untuk dijadikan suami. Katanya mereka lebih penyayang dan serius dalam perhubungan berbanding jejaka tempatan. Mungkin ada betulnya juga tetapi masih ada jejaka Malaysia yang loving kan?

Sumber Berita: Sinar Harian

 

 

 


Comments are closed.

Loading...