March 13th, 2017

Ketika Fasha Sandha membuat keputusan untuk memotong rambutnya pendek demi menjayakan watak Tisha didalam filem Badang, beliau pada awalnya merasa agak tidak selesa dengan potongan rambut berkenaan dan risau tiada tawaran berlakon.

Walaubagaimanapun, jangkaan Fasha itu meleset sama sekali apabila penampilan terbaru beliau itu diterima baik oleh umum. Ada yang memuji Fasha tampak lebih muda.

Jujur saya memang tidak selesa apabila berambut pendek. Saya juga memikirkan apabila berambut pendek mesti tidak akan ada tawaran berlakon.

Hati saya berbelah bagi sedangkan saya memotong rambut pendek itu pun kerana komitmen kerja bagi menjayakan watak sebagai Tisha dalam Badang. Ternyata segala kebimbangan saya sebelum ini hilang, apabila tawaran berlakon bertambah banyak diterima selepas tampil berambut pendek.

Gara-gara penampilan terbarunya itu juga, tempahan dan jualan produk dimana beliau menjadi duta turut bertambah kerana pengguna suka dengan imej baru Fasha.

Itulah kata orang, rezeki itu datang dalam pelbagai cara. Mungkin ada yang mengatakan imej Fasha itu kurang sesuai, tetapi disebalik semua itu, pasti ada perkara yang baik dan positif juga. Harapnya, rezeki Fasha bertambah lagi nanti.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

 


Comments are closed.

Loading...