Baru-baru ini, tular satu video di platform media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki menengking guru kerana tidak berpuas hati rambut panjang anaknya dipotong.
Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama swasta itu telah menaikkan darah lelaki terbabit dan meminta guru yang bertanggungjawab untuk perjelaskan tentang kewajaran pihak sekolah memotong rambut anaknya.
Yang kau usik ni bukan anak binatang, rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu tak. Rasulullah punya rambut macam mana?
@sinarharianonline Tular video berdurasi 1 minit 20 saat yang memapar tindakan seorang lelaki menengking seorang guru kerana tidak berpuas hati rambut anaknya dipotong dalam kejadian di sebuah sekolah agama swasta. Lelaki berkenaan bertemu dengan guru yang bertanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan tentang kewajaran pihak sekolah memotong rambut anaknya. Lelaki itu turut mempertikaikan tindakan guru berkenaan mengenakan hukuman kerana anaknya belajar di sekolah swasta yang dibayar. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #Bapa #SekolahSwasta #PotongRambut ♬ original sound – Sinar Harian
Bahkan, bapa kepada murid itu turut pertikaikan tindakan guru mengenakan hukuman sedemikian kerana anaknya belajar di sekolah swasta yang dibayar.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut dan merasakan hal ini boleh diselesaikan dengan cara baik.