Tubuh badan adalah sangat luar biasa kerana berjuta isyarat kimia dihantar ke seluruh badan bagi memastikan badan berfungsi dengan normal.
Badan yang sihat dan cergas memerlukan diet pemakanan yang betul. Secara amnya, badan akan memberi tindak balas yang negatif sekiranya anda kehilangan sesuatu yang penting dari diet seharian.
Antara punca badan menjadi lemah dan kurang nutrien ialah:-
1. Gusi Berdarah
Masalah gigi berlubang adalah mungkin disebabkan kekurangan makanan yang kaya vitamin C.
Kajian mendapati pengambilan vitamin C yang banyak dapat membantu masalah gusi berdarah. Sebagai contoh, anda boleh makan sayuran seperti brokoli dan buahan seperti oren, betik dan buah berries.
2. Kulit Kemerahan
Kulit merah atau keradangan yang dipanggil rosacea adalah tidak baik dan ia hanya boleh dirawat oleh doktor pakar dermatologi.
Makanan yang lebih gula, garam atau biji bijan yang halus tidak baik untuk tubuh badan dan juga kulit muka. Kajian menunjukkan keradangan terjadi apabila seseorang sering mengambil gula berlebihan.
Untuk mengurangkan risiko kulit kemerahan, anda digalakkan untuk mengamalkan diet keseluruhan.
3. Keguguran Rambut
Rambut gugur mungkin berlaku kerana faktor genetik atau disebabkan masalah hormon. Terbaru, pesakit Covid-19 juga mengalami keguguran rambut mungkin disebabkan kesan sampingan ubat atau lain-lain.
Masalah rambut gugur menunjukkan mungkin kekurangan protein dan asid lemak penting. Selain zink, niasin dan biotin, asid amino dan asid lemak merupakan komponen penting untuk rambut yang sihat.
4. Luka Lambat Sembuh
Ianya mungkin disebabkan kekurangan vitamin B dalam makanan. Untuk mendapatkan banyak vitamin B dalam diet, anda perlu fokus kepada biji-bijian, daging tanpa lemak, telur, kekacang dan juga sayuran hijau.
Banyakkan makan sayur yaa sebab sayuran hijau banyak khasiatnya…