Ramalan Keputusan Anugerah MeleTOP Era Sabtu Ini

Hiburan

Ramalan Keputusan Anugerah MeleTOP Era Sabtu Ini

Yeah ~~~ Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum berlangsungnya Anugerah MeleTOP Era (AME).  Pastinya kesemua calon Top 5 bagi 14 kategori sedang berdebar-debar dan sibuk memancing undi daripada peminat masing-masing.  Tak sabar rasanya nak menunggu kedatangan  8 Februari untuk menyaksikan AME secara live di   Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), Astro Hitz (705) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go dan laman YouTube Astro Gempak.

anugerah meletop

Advertisement

Bertemakan ”Yang Hit, Yang MeleTOP”,  Anugerah MeleTOP Era akan  dikemudikan oleh Dato’ AC Mizal, Nabil Ahmad dan Neelofa. Gandingan yang amat menarik. Pasti akan membuatkan para penonton ketawa tidak berhenti-henti. Apa pun, fasa kedua undian untuk menentukan pemenang setiap kategori telah pun dibuka. Orang ramai boleh mengundi calon-calon kegemaran mereka dan menghantar undian melalui 3 cara iaitu:-

1. Cara-cara mengundi melalui empat buah laman web rasmi

  • www.meletop.com.my, www.facebook.com/mymeletop, www.era.fm atau fb.era.fm
  • Orang ramai hendaklah mendaftar masuk menggunakan butang masuk Facebook Login yang terdapat pada laman web berkenaan.
  • Pilih kategori yang disenaraikan dan anda boleh mula mengundi.
  • Pengundi hanya boleh mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori

2. Cara-cara mengundi melalui kiriman SMS

  • Undian melalui SMS yang boleh dilakukan untuk semua pengguna Telco
  • SMS AME <jarak> <Kod Mengundi> Hantar ke 32777. Contoh: AME<jarak>A1 dan hantar ke  32777
  • Untuk undian pukal: Taip AME<3/5/10/20><jarak<Kod Mengundi> Hantar ke 32777. Contoh:  AME20<jarak>A1 dan hantar ke 32777
  • Setiap SMS dikenakan caj sebanyak RM0.50 setiap undian
  • Tidak ada had yang ditetapkan untuk undian secara SMS

3. Cara-cara mengundi melalui Aplikasi WeChat

  • Orang ramai hendaklah memuat turun aplikasi WeChat
  • Selepas muat turun, klik “Social” dan klik “Add by ID”
  •  Cari “AstroGempak” dan “Follow” akaun rasmi Astro Gempak untuk mengundi
  •  Setiap pengguna WeChat dibernarkan untuk mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori

anugerah meletop

Inilah 14 kategori yang dipertandingan di dalam Anugerah MeleTOP Era kali ini. Menarik-menarik kan kategorinya? Seperti biasa kalau dah ada anugerah, Abang Nara akan membuat ramalan untuk setiap kategori. Kali ini agak sukar untuk membuat tekaan kerana kesemua calon yang tersenarai memang hebat-hebat belaka. Apa pun, yang di“bold”kan itu adalah jangkaan pemenang.

Lagu MeleTOP

  1. Bahagiamu Deritaku – Hafiz
  2. Galau – Dato’ Siti Nurhaliza
  3. Infiniti Cinta – Zizan feat Kaka
  4. Kita – Forteen
  5. Muara Hati – Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza 

Penyanyi MeleTOP

  1. Akim
  2. Dato’ Siti Nurhaliza
  3. Hafiz
  4. Najwa Latif
  5. Stacy

Grup/Duo MeleTOP

  1. Dato’ AC Mizal & Mawi
  2. Forteen
  3. Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza
  4. Najwa Latif feat Sleeq & Sham Kamarul
  5. Zizan feat Kaka 

Program Radio MeleTOP

  1. Carta ERA 40
  2. Carta Fulamak SINAR
  3. Carta MeleTOP 40 ERA
  4. JoHaRa Pagi ERA
  5. SINAR Pagi

Penyampai Baru Radio MeleTOP 

  1. Aril – ERA fm
  2. Feeya Iskandar – SINAR fm
  3. Nabil – ERA fm
  4. Shasha Al Khred – ERA fm
  5. Zahid – ERA fm

anugerah meletop

Filem MeleTOP

  1. Highland Tower
  2. KL Gangster 2
  3. KL Zombie
  4. Lawak Ke Der?
  5. Sepah The Movie

 Bintang Filem MeleTOP

  1. Aaron Aziz – KL Gangster 2
  2. Jep Sepahtu – Sepah The Movie
  3. Siti Saleha – KL Zombie
  4. Yana Samsudin – Minyak Dagu
  5. Zizan Razak – KL Zombie

anugerah meletop

Program TV MeleTOP 

  1. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
  2. Love You Mr Arrogant
  3. Maharaja Lawak Mega 2012
  4. MasterChef Selebriti Malaysia 2013
  5. Super Spontan 2013

Bintang TV MeleTOP

  1. Azlee Khairi – Love You Mr Arrogant
  2. Jep Sepahtu – Super Spontan 2013
  3. Johan – Maharaja Lawak Mega 2012
  4. Zara Zya – Love You Mr Arrogant
  5. Zizan Razak – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

anugerah meletop

Bintang Siber MeleTOP

  1. Aaron Aziz
  2. Dato Siti Nurhaliza
  3. Emma Maembong
  4. Najwa Latif
  5. Zizan Razak

Couple MeleTOP

  1. Aeril Zafrel & Wawa Zainal
  2. Diana Amir & Habib
  3. Fizo Omar & Mawar
  4. Izzue Islam & Awin Nurin
  5. Nabil Ahmad dan Nazirah

Artis Baru MeleTOP 

  1. Azhael AF 2013
  2. Faizul AF 2013
  3. Risteena Munim
  4. Syafiq Kyle
  5. Zara Zya

anugerah meletop

Fesyen MeleTOP 

  1. Elfira Loy
  2. Nora Danish
  3. Nur Fazura
  4. Shila Amzah
  5. Zizan Razak

 Artis Serantau MeleTOP 

  1. Afgan
  2. Randy Pangalila
  3. Sleeq
  4. SM*SH
  5. Tegar

anugerah meletop

Amcam tekaan Abang Nara? Rasa-rasa tepat ke tidak? Hanya undian daripada para peminat (andalah siapa lagi) yang bakal menentukan para pemenang. Tak sabar rasanya nak tunggu 8 Februari ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah MeleTOP Era ini, jangan lupa layari www.meletop.com.my, Facebook Meletop, www.era.fm dan Facebook Era FM.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...