January 4th, 2013

Setiap tahun, Anugerah Juara Lagu adalah salah satu acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat muzik tanah air. Ahad ini, tepat jam 9 malam, AJL27 akan bersiaran secara langsung di TV3. Beberapa hari lepas, Abang Nara telah bermimpi mengenai keputusan AJL27.

keputusan ajl27

Di dalam mimpi tersebut Abang Nara didatangi oleh Zarina Anjoulie yang membawakan segulung kertas yang tertulis “Keputusan bocor AJL27“. Berikut ialah apa yang tertulis di dalam kertas tersebut:-

1.Juara: Ombak Rindu
2.Naib Juara: Terukir Di Bintang
3.Tempat Ketiga: Patah Seribu
4.Vokal Terbaik: Ombak Rindu (Hafiz & Adira)
5. Persembahan Terbaik: Andaiku Bercinta Lagi (Mojo)

hafiz adira

Keputusan ini mungkin tidak betul lebih-lebih lagi Zarina Anjoulie baru sahaja ditangkap kerana dadah baru-baru ini. Apa pula ramalan anda? Siapakah yang bakal bergelar juara AJL27? Abang Nara senaraikan 12 lagu yang akan berentap pada Ahad malam kelak untuk memudahkan anda membuat ramalan.

1. Terukir Di Bintang (Yuna)
2. Ombak Rindu (Hafiz & Adira)
3. Tanpamu (Amir Jahari)
4. Idola (Azlan & The Typewriter)
5. Pelangi Senja (Stacy)
6. Lagu (Bedroom Sanctuary)
7. Teman Pengganti (Black & Malique)
8. Ku Akui (Hafiz Suip)
9. Simetri (Hazama & Amy Search)
10. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo)
11. Patah Seribu (Shila Amzah)
12. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat)

Sila tinggalkan ramalan anda di ruangan komen. Mari kita lihat siapa yang betul Ahad nanti.


Comments are closed.

Loading...