“Ramainya…”-175 Pekerja Positif Covid-19, Kilang Ayam Di Melaka Diminta Tutup

Kehidupan

“Ramainya…”-175 Pekerja Positif Covid-19, Kilang Ayam Di Melaka Diminta Tutup

Kilang pemprosesan ayam di Kawasan Perindustrian Masjid Tanah diarah untuk menghentikan operasi oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) mulai semalam hingga 4 Jun berikutan terdapat 175 pekerjanya disahkan positif Covid-19, lapor Harian Metro.

Datuk Rahmad Mariman selaku EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri berkata kebanyakan daripada kumpulan pekerja itu merupakan pekerja asing.

Advertisement

Sumber : Harian Metro

“Penelitian sedang dibuat mengenai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang bakal dijadikan tempat mereka dikuarantin” 

Perbincangan telah dibuat antara kerajaan negeri dengan pihak pengurusan syarikat dengan kemungkinan akan memindahkan pekerja yang terlibat  ke rumah pangsa milik Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) berhampiran kawasan perindustrian itu.

Hal ini demikian kerana asrama pekerja asing yang sudah sedia ada berhampiran kilang tidak sesuai dijadikan penginapan pekerja kerana terlalu ramai.

Sehubungan itu, pelaksanaan swab test terhadap baki pekerja kira-kira dalam 600 orang masih diteruskan untuk mengenal pasti pekerja yang dijangkiti.

Dilaporkan, Melaka merekodkan dua kluster baharu iaitu tempat kerja di kilang dan dalam kalangan keluarga. Keseluruhannya, 175 kes positif baharu direkodkan iaitu 65 kes di Alor Gajah, 75 kes di Melaka Tengah serta 35 kes di Jasin.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...