August 17th, 2020

Mendedahkan pekerjaan sebagai seorang YouTuber tidak menjamin kesenangan hidup di dunia, nama pendakwah penuh kontroversi Ustaz Abu Syafiq bagai mula mendapat perhatian netizen.

“Ramai Youtuber Sentap Tahap Gaban Dengan Kenyataan Saya” - Ustaz Abu Syafiq

Perkara itu menjadi lebih sensasi apabila beliau dikhabarkan memaklumkan kepada umum bahawa pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber kebanyakkannya adalah haram.

Ujarnya lagi, ramai dalam golongan tersebut dilihat merana, malah tidak menolak banyak lagi pekerjaan yang boleh dilakukan daripada menjadi seorang YouTuber.

“Ramai Youtuber Sentap Tahap Gaban Dengan Kenyataan Saya” - Ustaz Abu Syafiq

Bagaimanapun, kenyataan yang dilemparkan itu sedikit sebanyak mengundang rasa kurang senang di kalangan Youtuber dan netizen. Malah, ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat Ustaz Abu Syafiq itu dan bertindak mengecamnya.

Susulan hal itu, pendakwah itu sekali lagi tampil mendedahkan bahawa ramai yang sentap dengan kenyataannya. Oleh hal yang demikian, beliau dikhabarkan mahu membuat perbincangan atau diskusi ilimah mengenai pendapatan Youtuber.

“Ramai youtuber dan netizen sentap tahap gaban dengan statment saya. Ok saya syorkan kita buat diskusi atas Status saya tersebut. Mohon sahut. Diskusi Ilmiah. DM/PM saya. Jangan takut anggaplah macam ala-ala yang kalah debat tapi stay provok menang konon. Cepat!”

“Ramai Youtuber Sentap Tahap Gaban Dengan Kenyataan Saya” - Ustaz Abu Syafiq

Meskipun begitu, beliau juga dilihat tidak menolak agar orang ramai khususnya golongan YouTuber untuk menjauhi fitnah dan haram. Malah menyeru YouTuber untuk membuat kandungan yang memberi kebaikan kerana akui wujud halal dan haram dalam pekerjaan tersebut.


One response to ““Ramai Youtuber Sentap Tahap Gaban Dengan Kenyataan Saya” – Ustaz Abu Syafiq”

  1. tieya78 says:

    ustaz sampah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...