Ramai Yang Ugut Nak Pijak Dan Macam-macam Lagi Jika Berjumpa Dengan Saya – Suhaimi Saad

Hiburan

Ramai Yang Ugut Nak Pijak Dan Macam-macam Lagi Jika Berjumpa Dengan Saya – Suhaimi Saad

Baru-baru ini nama Suhaimi Saad tiba-tiba menjadi bualan ramai apabila memuat naik status tentang kehidupan “zuhudnya” yang tidak mempunyai peti ais mahupun mesin basuh didalam rumah.

Malah, Suhaimi tidak berhenti memuat naik lagi beberapa status dan ada yang melabelkan beliau cuba untuk mencari publisiti murahan.

Advertisement

Terbaru, Suhaimi menerusi portal mStar Online memberitahu beliau turut menerima ugutan daripada beberapa individu yang menghubungi beliau melalui mesej peribadi di laman sosial.

Saya terima banyak ugutan daripada beberapa individu tidak dikenali kerana mereka tidak bersetuju dengan pendapat yang saya utarakan di Facebook.

Ramai yang ugut nak pukul, pijak dan macam-macam lagi jika jumpa saya. Saya sendiri tidak faham kerana pada saya apa yang saya tulis adalah pendapat dan cara hidup saya itu tidak menganggu kehidupan mereka.

Gara-gara isu status Facebooknya yang viral, Suhaimi juga akui ia banyak memberikan kesan terhadap kariernya kerana lebih daripada tiga persembahan beliau dibatalkan oleh pihak penganjur pada saat akhir kerana tidak mahu mengundang kemarahan penonton.

Saya tahu ramai yang tidak suka, malah ada yang kata ingin ludah saya jika jumpa di luar. Perkara itu membuatkan saya jarang keluar rumah sehinggakan ingin ke masjid pun saya kena fikir dua kali.

Sejak viral itu juga lebih tiga persembahan saya dibatalkan kerana tidak mahu kejadian tidak diingin berlaku. Sejujurnya memang sedih tetapi saya percaya ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi.

Berbicara mengenai dakwaan beliau menggunakan anak-anaknya untuk meminta sedekah, Suhaimi menjelaskan ia salah satu aktiviti untuk mendapatkan dana untuk sebuah persatuan kebajikan di Sabah. Mereka sebenarnya dilantik sebagai duta persatuan kebajikan tersebut.

Saya dan isteri menjadi duta untuk sebuah persatuan kebajikan di Sabah dan kami memang sering mengikuti aktiviti mereka untuk mengutip dana. Anak-anak saya juga selalu dibawa untuk melatih mereka berhadapan dengan orang ramai.

Kehidupan Suhaimi juga berubah kerana isu viral berkenaan. Walaubagaimanapun, beliau masih meminta agar orang ramai menghormati cara hidup beliau dan jangan cetuskan sebarang persoalan lagi.

Tidak perlu lagi kita meluahkan pendapat mengenai isu Suhaimi Saad lagi. Kalau dia gembira dengan cara hidupnya biarkan sahaja.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...