Ramai Yang Tidak Tahu, JPN Telah Wujudkan MyKad Dengan 7 Ciri Keselamatan Ini

Trending

Ramai Yang Tidak Tahu, JPN Telah Wujudkan MyKad Dengan 7 Ciri Keselamatan Ini

Umum pasti tahu kepentingan kad pengenalan bagi setiap individu. Selain merujuk kepada identiti diri, kad pengenalan atau MyKad juga sangat diperlukan untuk urusan rasmi seperti permohonan kerajaan dan sebagainya.

Sebagai selingan informasi, nama MyKad ini juga ada maksudnya juga tau. Sebutan ‘My’ itu adalah singkatan Malaysia dan kepunyaan diri sendiri. Manakala, ‘Kad’ pula adalah singkatan kepada kad akuan diri.

Pun begitu, korang tahu tak sebenarnya kad pengenalan kita ini dilengkapi dengan tujuh ciri-ciri keselamatan?

Advertisement

Segala maklumat ini sudah pastinya sulit dan sebagai cara lain untuk mengenalpasti keaslian kad tersebut. Jom kita tengok apakah ciri-ciri tersebut.

1. Cetakan pelangi

Cetakan pelangi ini boleh berubah warna dari merah ke ungu pada sudut tertentu. Kebiasaanya, kilauan pelangi ini akan muncul jika kita memandang kad tersebut daripada arah yang berlainan. Wow.

2. Nombor MyKad turisan laser

Tujuan turisan ini dilakukan adalah untuk mengelakkan nombor MyKad daripada mudah ditoreh. Jika kad ini mudah ditoreh, ia seakan peluang buat penjenayah untuk menukar maklumat peribadi individu sesuka hati.

3. Imej turisan laser

Seperti dapat dilihat, selain gambar yang besar, terdapat satu lagi gambar wajah yang terpapar di bahagian tengah MyKad. Imej yang diletakkan itu sebenarnya adalah daripada turisan laser. Tujuan gambar kedua ini dibuat adalah untuk meningkatkan keselamatan MyKad jika berlaku kes-kes berat seperti jenayah.

4. Perlindungan anti-salinan

Fungsi ini adalah untuk mengelakkan MyKad daripada mudah dicetak oleh pihak tidak bertanggungjawab. Hal ini kerana, penjenayah akan melakukan apa sahaja terhadap MyKad yang dijumpai, termasuklah mencetaknya untuk tujuan yang tidak baik.

5. Corak ‘guilloche’

Corak latar belakang MyKad.

6. Sinaran UV pelbagai warna

Variasi warna terdapat pada MyKad tulen. Jika dapat dibezakan, jika kad itu palsu, kemungkinan tiada sinaran UV pelbagai warna seperti yang asal.

7. Cip 80K

Berdasarkan kajian, MyKad mempunyai satu cip mikropemproses serta memori EEPROM yang berupaya menyimpan pelbagai data seperti biometrik (cap jari/imbasan iris), lesen memandu, pengaksesan MEPS dan sebagainya. Hebat bukan?

JPN MyKad

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Sila pastikan MyKad tersimpan rapi ya, lakukan double-check jika pergi ke tempat sesak untuk elak dari dicuri atau sebarang kes jenayah.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...