Zaman media sosial ini pastinya ramai diantaranya kita akan menggunakan emoji yang disediakan untuk dihantar kepada seseorang atau rakan anda.
Selain media sosial, pada papan kekunci telefon bimbit dan aplikasi mesej seperti whatsapp, wechat dan sebagainya juga disediakan.
Tetapi anda tahu atau tak makna emoji yang berbentuk hati mempunyai pelbagai warna yang berbeza, seperti berwarna merah, biru, hijau dan hitam. Tidakah anda terfikir kenapa kesemuanya berbeza?
Ini jawapannya, berikut adalah maksud tersembunyi emoji hati
Merah

Warna klasik atau lebih dikenali sebagai simbol hati. Ia membawa maksud perasaan cinta sejati.
Hitam

Berlawanan maksud dengan emoji hati yang berwarna merah. Membawa maksud kekecewaan, kesedihan dan berduka. Selain itu, ia juga boleh membawa maksud sebagai ‘dark humor’
Hijau

Nama lain emoji hijau ini adalah emoji cemburu. Selain daripada perasaan kecewa, emoji ini juga digunapakai sebagai simbol kepada kehidupan yang sihat.
Kuning
Emoji kuning ini membawa maksud hubungan persahabatan dan perasaan gembira.
Biru

Emoji hati bewarna biru adalah emoji yang menjadi simbol terhadap gerakkan meningkatkan kesedaran terhadap Autism.
Selain itu, emoji hati biru juga merujuk kepada sifat-sifat kepercayaan, harmoni, keamanan dan kesetiaan.
Ungu

Emoji ungu sering digunapakai untuk sesetengah individu ketika memuat naik gambar selepas bersolek.
Selain itu, emoji ini juga mewakili perasaan belas kasihan dan juga cinta sesama manusia.
Merah Jambu Bersinar

Untuk menarik perhatian orang sekeliling.
Beating Heart


Ia membawa maksud perasaan gementar, terutamanya ketika pertama kali berbalas chat dengan orang tersayang.
Glowing Heart

Seperti yang kita tahu maksud glowing ini sudah tentu disamakan dengan sedang jatuh cinta.
Inilah kesemua maksud warna-warna yang anda taktahu, harap lepas ini anda lebih peka memilih emoji mengikut warna yang sesuai.
Sumber : The Sun UK
