Ramai Yang Tak Tahu Sangat Pasal Port Best Shopping ini. Padahal Dekat je.

Hiburan

Ramai Yang Tak Tahu Sangat Pasal Port Best Shopping ini. Padahal Dekat je.

Kami telah mendapatkan beberapa maklumat menarik bersempena sambutan ulangtahun ke-4 Mitsui Outlet Park. Mereka akan mengadakan jualan murah dari 26 Julai – 2 September ini. Pelbagai butik berjenama juga akan membuat jualan murah sehingga 80% sempena menghargai pelanggan setia mereka.

1

Advertisement

Mengapa anda takkan menyesal singgah di Mitsui Outlet Park?

2

Outlet secara ringkasnya adalah tempat dimana lebihan stok daripada jenama pakaian yang tidak lagi in season kemudiannya dijual semula dengan harga yang lebih murah. Konsepnya ialah barangan berkualiti dan berjenama dijual dengan harga rendah.
Keistimewaan Mitsui Outlet Park yang sering menjadi sebutan ramai ini ialah anda boleh mendapatkan barangan berjenama yang dijual jauh lebih murah berbanding di butik biasa.

Harga

Harga di butik ialah harga standard manakala harga outlet jauh lebih murah dari harga di butik. Ini yang buatkan outlet sangat istimewa dan menarik perhatian pelanggan. Barangan yang dijual biasanya out of season tetapi macam kita di Malaysia, tak kisah pun out of season, asalkan barang berjenama itu nampak cantik dan boleh digunakan.

Lokasi berjauhan dengan bandar

Sering kali kita lihat lokasi outlet agak jauh dari bandar. Dimana pemaju akan membina shopping mall mereka sendiri, restoran, tempat letak kereta dan sebagainya untuk meminimumkan kos operasi.

Stok barangan terus dari kilang

Pusat membeli-belah konvensional biasanya menanggung kos operasi yang agak tinggi. Tetapi sebaliknya untuk outlet kerana kos ini dapat dikurangkan kepada minimum kerana semua barang secara langsung dibekalkan oleh pengilang atau peniaga.

Apa Yang Istimewa Sambutan Ulangtahun Ke-4 Kali Ini?

Bersempena dengan ulangtahun ini, Mitsui Outlet Park akan memberikan tawaran diskaun bermula daripada 30% untuk pelbagai jenama barangan berjenama dengan harga murah dan berpatutan.

“Setiap hari promosi di Mitsui Outlet Park”

Nak bagitahu, Mitsui Outlet Park juga menawarkan harga terlajak murah untuk korang walaupun sekarang bukannya musim promosi, bersempena ulang tahun ke-4 dengan rangkain lebih dari 50 jenama terkenal seluruh dunia seperti Nike, Adidas, Pandora, Poney, Cotton On, Clarks dan pelbagai kedai barangan berjenama tak lupa juga kedai barangan kanak-kanak sesuai untuk kunjungan seisi keluarga. Senang cerita, setiap hari akan ada promosi dekat Mitsui Outlet Park ni lah. Kalau tak percaya datanglah sendiri lihat.

3

MOP-Tenant-Logo

5

6

7

Promosi diskaun sebanyak 40% untuk semua barang dengan hanya serendah RM4 sahaja di Mango!

8

Pulangan Baucar Tunai

Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-4 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, ada tawaran menarik yang menanti anda. Khas untuk 500 pelanggan pertama untuk tarikh-tarikh tertentu setiap hari, anda berpeluang untuk menggandakan jumlah cashback dari biasa.

Kalau korang beli sebanyak RM200-RM499 korang akan dapat cashback berjumlah RM40. Pembelian sebanyak RM500-RM999 akan dapat cashback RM60 dan pembelian sebanyak RM1000 ke atas pula akan mendapat cashback RM100.

Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang hujung minggu ini untuk datang ke Mitsui Outlet Park kerana ada pelbagai tawaran istimewa menanti anda terutamanya yang kaki ‘shopping’! Untuk maklumat lanjut boleh ikuti Facebook rasmi Mitsui Outlet Park atau layari laman sesawang rasmi di www.mitsuioutletparkklia.com.my

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...