“Ramai Yang Pernah Cuba Dekati Ijoy, Tapi Tak Pernah Saya Serang Wanita Itu” – Sharifah Shahira

Hiburan

“Ramai Yang Pernah Cuba Dekati Ijoy, Tapi Tak Pernah Saya Serang Wanita Itu” – Sharifah Shahira

Sejak dua menjak ini, hangat pula kisah tentang orang ketiga, ‘penyondol’, perampas dan kecurangan yang berlegar di media sosial kan?

Ia susulan pendedahan Bella Astillah tentang aktres Sophia AlBarakbah yang mengakui menyukai suaminya, Aliff Aziz selepas bergandingan bersama dalam sebuah drama.

Advertisement

Bella Astillah
1 year ago

"Setiap Hari Datang Nak Manja, Tak Nak 'Rehearsal' Kalau Tak Ada Aliff" - Bella Astillah Dedah Sikap 'Penyondol'

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau mesra dipanggil Sheira turut terkena tempias apabila dia dikecam selepas tidak menyebelahi mana-mana wanita yang ditakdirkan hidup berpoligami.

Terbaru, dia turut membuka cerita tentang seorang wanita yang pernah cuba mendekati suaminya, Ijoy namun jelasnya tidak pula dia memilih untuk menyerang individu terbabit.

Bayangkan kami pernah duduk bersebelahan sedangkan saya tahu dia pernah ‘try’ suami saya. Namun, saya memilih untuk pandang dia saja.”

Ketika ditanya bagaimana dia tahu tentang wanita yang cuba mendekati Ijoy, Sheira berkata ia adalah daripada naluri isteri yang sangat kuat.

Pada awalnya, dia pernah terfikir untuk meminta wanita itu menjelaskan namun tidak sampai hati kerana kasihan dan memilih untuk bersabar serta meminta suami berterus terang.

Saya beritahu dia, naluri isteri kuat dan dapat rasa. Lagipun kami bekerja dalam bidang yang sama. Kita tak perlu cari salah masing-masing sedangkan orang biasa pun akan ada yang sampaikan maklumat.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...