Ramai Yang Geli Kerana Tangan Gadis Ini Kerap Berpeluh

Trending

Ramai Yang Geli Kerana Tangan Gadis Ini Kerap Berpeluh

Anda pernah dengar tentang penyakit ‘hiperhidrosis’? Bagi anda yang tidak tahu, penyakit ‘hiperhidrosis’ ini adalah sejenis penyakit di mana seseorang itu akan kerap berpeluh dan mengeluarkan peluh yang berlebihan dari kebiasaan.

Kebanyakan orang yang menghidap penyakit ini menghadapi masalah anggota badan kerap berpeluh terutamanya di tangan, ada juga yang terlalu serius sehingga menyebabkan peluh menitik daripada tangan.

Advertisement

7 years ago

Wanita Kuat Berpeluh Sukar Mencari Pasangan Hidup?

Penyakit ini bukanlah penyakit yang berat sehingga boleh menyebabkan kematian, namun terdapat banyak kes kemurungan dan kurang keyakinan diri yang berlaku disebabkan seseorang itu menghidap penyakit ini.

“Bukan setakat geli, malah ada yang sampai enggan bersalaman dengan saya kerana tangan saya berpeluh”

Baru-baru ini di laman TikTok, tular satu perkongsian video daripada seorang gadis bernama Nur Sabrina tentang dirinya yang menghidap penyakit ‘hiperhidrosis’.

Di dalam video tersebut, dia menunjukkan tangannya yang berpeluh dengan banyak disebabkan penyakit ‘hiperhidrosis’ itu.

Dia turut memberitahu yang dia selalu mendapat reaksi menjijikkan daripada orang ramai yang mengetahui dirinya menghidap penyakit itu.

Malah lebih teruk lagi, ada yang sampai enggan bersalaman dengannya kerana berasa geli melihat tangannya berpeluh. Ini telah menyebabkan dia berasa malu dan kurang yakin dengan diri sendiri.

Tangan Nur Sabrina kerap berpeluh kerana Hiperhidrosis

Tangkap layar perkongsian Nur Sabrina – via TikTok

Tambahnya lagi, tangannya akan lebih berpeluh apabila dia gementar, memegang barang terlalu lama dan duduk dalam suasana yang panas.

Dia juga mengakui yang dia berasa tidak selesa apabila tangannya kerap berpeluh tetapi terpaksa menerima kenyataan itu dan menghadapinya setiap hari.

Di ruangan komen perkongsian tersebut, ramai turut menyatakan yang mereka juga melalui situasi yang sama dengan Nur Sabrina.

Rata-rata netizen juga memberikan kata-kata semangat kepadanya supaya terus tabah dan tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh orang lain tentang penyakit yang dihidapnya itu.

Ada juga yang mencadangkan kepadanya supaya mengambil ubat kerana sekarang sudah terdapat ubat yang dapat mengurangkan peluh di tangannya buat sementara waktu.

Komen di tiktok tentang tangan Nur Sabrina yang kerap berpeluh

Komen netizen di ruangan komen perkongsian Nur Sabrina – via TikTok

 

Komen di tiktok tentang tangan Nur Sabrina yang kerap berpeluh

Komen netizen di ruangan komen perkongsian Nur Sabrina – via TikTok

Jika anda mengalami situasti yang sama seperti Nur Sabrina, jangan mudah hilang keyakinan diri ya! Anda perlu tahu yang anda tidak keseorangan dan ramai lagi orang disekeliling anda yang turut mengalami nasib yang sama.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...